Connect with us

Infozon

Protes Undang2 ‘Anti-Muslim’, 13 Maut & Lebih 150 Tercedera di New Delhi

Protes terhadap undang-undang kewarganegaraan baru yang mencetus kontroversi di India disifatkan sebagai anti-Islam. Para penunjuk perasaan dan penyokong undang-undang kewarganegaraan India yang baru, dilihat telah merusuh diantara satu sama lain dengan dahsyat di New Delhi. 

Secara ringkasnya, undang-undang kewarganegaraan baru ini, mempercepat kerakyatan kewarganegaraan kepada individu bukan beragama islam sahaja. Disebabkan itu, undang-undang ini digelar sebagai ‘undang-undang anti-islam’.

Pertempuran meletus dan sekaligus telah melibatkan ribuan yang menyertai demonstrasi untuk menentang undang-undang kewarganegaraan baharu.

Rusuhan ini telah menyebabkan 13 orang terbunuh dan kira-kira 150 orang tercedera dalam pertempuran yang berlaku di ibu negara India. Lokasi rusuhan dikatakan berlaku tidak jauh dengan tempat perjumpaan antara Presiden AS iaitu Donald Trump dan juga Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Dikatakan lagi, perusuh beragama hindu menyerang dan menentang secara habis-habisan, keamanan serta kebebasan orang-orang muslim di sana. Sejak 23 Februari 2020, kedai, masjid dan juga kuil diserang oleh para penunjuk perasaan diantara dua pihak.

Kerusuhan meletus di daerah New Delhi pada hari Isnin lalu, beberapa jam sebelum menjelang kedatangan Presiden AS Donald Trump, yang berada di India dalam lawatan negara.

Rusahan ini boleh dikatakan sebagai salah satu protes yang sangat dahsyat dan teruk yang pernah berlaku di India.

Sumber: AJPlus.

Continue Reading
Advertisement

Trending