Infozon
“Produk cuci usus? Sampai bila nak jadi JAHIL?” – Dr. Amalina

Sama ada suka atau tidak, orang Melayu sangat mudah untuk mempercayai produk-produk Pseudosains yang dijual di pasaran. Tanpa sebarang kajian saintifik, produk-produk ini ‘laku keras’ dengan hanya bermodalkan testimoni palsu yang ditayangkan pada pengguna mereka.
Terbaru, seorang pengguna Twitter, @MohdAsriDungun telah tampil dengan memuat naik gambar yang menunjukkan sebuah siaran televisyen sedang mempromosikan salah satu produk cuci usus dengan kapsyen memarahi rakyat Malaysia yang masih mempercayai produk tersebut walhal produk tersebut tidak bekesan.
Menurut pengasas produk tersebut, toksin yang terkumpul dalam badan akan dapat melemahkan sistem imun badan sekirnya tidak dibuang dengan segera.
Produk itu akan bagi kesan sampingan yang buruk…
Terkesan dengan tweet @MohdAsriDungun itu, Dr Amalina Bakri telah membalas tweet tersebut dengan memberikan penjelasan produk cuci usus itu tidak berkesan langsung malah akan memberi kesan sampingan yang banyak.
Menurut beliau lagi, tiada saintis di dunia pun yang dapat membuktikan mana-mana produk cuci usus dapat memberi kesihatan kepada tubuh badan.
Baca jangan tak baca…
Berikutan itu, Dr. Amalina turut memberi beberapa link kepada pengguna laman media sosial untuk membuat rujukan di samping dijadikan maklumat tambahan yang kukuh untuk membuktikan mitos produk cuci usus tidak bagus untuk kesihatan.
Link 1 : Natural Colon Cleansing: Is It Necessary?
Badan kita unik…
Walau bagaimanapun, Dr Amalina berharap agar rancangan televisyen tersebut mengelakkan untuk menyokong produk yang tidak mendapat mana-mana nasihat pakar malah beliau turut memberitahu badan manusia mempunyai mekanisme pencernaannya sendiri yang mampu membuang sisa pencernaannya sendiri tanpa secara semulajadi.
Sumber : Dr Amalina Bakri

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit