Berita
Presiden Sri Lanka Lari Ke Singapura Selepas Istana Ditawan Rakyat Jelata

Singapura mengesahkan Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa yang dilaporkan membuat penerbangan dari Maldives dengan menaiki pesawat Saudia Airlines telah berjaya mendarat masuk ke negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sekitar jam 7.17 malam Khamis.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Singapura, Rajapaksa dibenarkan masuk ke negara itu atas sebab peribadi bersama isterinya, Loma dan pegawai peribadi.
“Dia tidak meminta suaka (tempat berlindung) dan dia juga tidak ditawarkan sebarang suaka. Singapura secara amnya tidak memberikan permintaan suaka,” kata Kementerian Luar Singapura itu.
Tambahnya lagi, susulan Rajapaksa berada di negara Republik itu, pihak polis Singapura memberi amaran kepada penduduk, pemegang pas kerja serta pelawat untuk mematuhi undang-undang sedia ada demi memastikan keamanan negara itu terjamin.
Malah, tindakan keras akan diambil kepada pihak yang membuat sebarang pemberontakkan serta himpunan awam yang boleh mengundang kekecohan di negara itu.
Difahamkan, presiden yang berumur 73 tahun itu akan berada di Singapura untuk tempoh masa tertentu sebelum bergerak ke negara yang lain namun, masih tidak diketahui destinasi yang seterusnya.
Sebelum ini, Rajapaksa memaklumkan dia akan mengundur diri sebagai presiden Sri Lanka pada Rabu lalu namun hasratnya itu tidak dilakukannya. Perkara tersebut hanya mencetuskan lagi angin kemarahan rakyat Sri Lanka yang mendesak beliau untuk melepaskan jawatan.
Terdahulu, rakyat Sri Lanka telah mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran di istana Presiden di Colombo selepas gagal mengawal krisis ekonomi yang berlaku di negara itu dan dia terpaksa bersembunyi sebelum melarikan diri ke Maldives.
Sumber: The Straits Times
-
Buzz4 weeks lepas
Ghairah Cium Bakal Isteri, Lelaki Ini Ditampar Ketika Majlis Pertunangan
-
Semasa4 weeks lepas
Terus Masuk Ke Akaun Peribadi, Cara Pengurusan Wang Sumbangan Uncle Kentang Dipertikai
-
Buzz4 weeks lepas
Doktor Pakar Bius Kantoi Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Ketika Pembedahan Czer Berlangsung
-
Berita1 month lepas
Buang Gaya Hidup, Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi, Wartawan Senior Saran Simpan RM400 Mulai Sekarang
-
Berita1 month lepas
Berlambak Dijual Di Golok, Thailand, Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya
-
Hiburan1 month lepas
Pemuda Ini Belanja Tiket Filem Mat Kilau Untuk Anak Tahfiz, Satu Panggung Penuh Dengan Kopiah Putih!
-
Hiburan1 month lepas
Nas Daily Kantoi Maki “Fu*k Israel, Kali Ini Sempat Dirakam Kamera
-
Berita4 weeks lepas
Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Akan Berlaku Jam 5.09 Petang Ini
Facebook Comments