Connect with us

Berita

Presiden Sri Lanka Dilapor Larikan Diri Ke Maldives, Tinggalkan Negara Sudah Muflis

CikKoin

Diterbitkan

pada

Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dilaporkan telah melarikan diri ke luar negara bersama isteri dan pengawal peribadinya dengan menaiki pesawat tentera Antonov-32, pada semalam.

Menurut sumber imigresen, pesawat itu berlepas dari lapangan terbang antarabangsa utama menuju ke Maldives sebaik sahaja pasport mereka telah dicop oleh saah seorang pegawai imigresen yang bertugas.

Pelarian yang dilakukan oleh Gotabaya dari negara itu adalah satu permulaan untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden Sri Lanka sekaligus membuka jalan kepada peralihan kuasa secara aman.

Malah, pencerobohan secara besar-besaran ke atas istana presiden di Colombo yang dilakukan oleh penunjuk perasaan sebelum ini menyebabkan dia bersembunyi di sebuah lokasi tidak diketahui sebelum bertindak meninggalkan negara itu.

Difahamkan, Rajapaksa yang mempunyai keistimewaan sebagai presiden bertindak melarikan diri ke luar negara sebelum melepaskan jawatan adalah satu cara untuk menggelakkan dirinya daripada ditahan atau didakwa.

Setelah tiba di Maldives, mereka telah dibawa ke sebuah tempat yang tidak didedahkan kepada orang ramai untuk dan dikatakan telah dikawal oleh pihak berkuasa demi menjaga keselamatan presiden Sri Lanka itu.

Pada awalnya, Rajapaksa membuat perancangan untuk melarikan diri ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Bagaimanapun, pegawai imigresen tidak memberi kerjasama untuk megecop pasport Rajapaksa di bilik VIP.

Hal ini disebabkan Rajapaksa tidak mahu melalui kemudahan awam kerana bimbangĀ  akan diserang oleh orang awam dan akhirnya, dia bersama isteri ditinggalkan di pangkalan tentera berhampiran lapangan terbang antarabangsa utama Sri Lanka selepas terlepas empat penerbangan yang mungkin membawa mereka ke Emiriah Arab Bersatu.

Bukan itu sahaja, dia juga dilaporkan cuba melarikan diri melalui laut selepas gagal menerusi lapangan terbang.

Terdahulu, Rajapaksa telah didakwa telah melakukan salah urus ekonomi sehingga negara tersebut muflis sepenuhnya dan mengalami krisis inflasi yang teruk sehingga menjejaskan 22 juta rakyatnya.

Bukan itu sahaja, wang tunai jutaan rupee yang dijumpai di dalam istana presiden sebelum ini telah diberikan ke mahkamah Colombo untuk siasatan lanjut.

Sumber: Odisi

Facebook Comments

Trending