Connect with us

Infozon

Presiden Filipina Beri Amaran Keras Akan Penjarakan Rakyat Yang Tidak Mahu Vaksin

Presiden Filipina Rodrigo Duterte memberi amaran akan memenjarakan rakyat yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 ketika negara itu sedang berjuang memerangi virus maut tersebut.

Akan dipenjara kalau tak mahu divaksin

“Jika anda individu yang tidak divaksin dan berpotensi menjadi pembawa, untuk melindungi orang lain, saya harus mengasingkan anda di penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas dimaklumkan mengenai jumlah yang pergi ke kemudahan vaksinasi di Manila adalah rendah.

Pada 20 Jun, Filipina telah memvaksin 2.1 juta penduduk, jauh daripada sasaran untuk menyuntik 70 juta orang daripada 110 juta rakyat, tahun ini.

Beri beras untuk tarik rakyat ambil vaksin

Untuk menggalakkan rakyat mendapatkan vaksin COVID-19, kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif, termasuk memberikan 25 kilogram (kg) beras kepada setiap orang yang sudah mendapatkan suntikan.

Seramai 20 pemenang mingguan yang sudah menerima suntikan di Sucat di pinggir ibu kota Manila masing-masing membawa pulang sekampit beras seberat 25 kg.

Pegawai tempatan Jeramel Mendoza berkata inisiatif itu menyasarkan penduduk miskin terutama yang enggan divaksin.

Difahamkan lagi, pegawa desa Sucat menyatakan sejak inisiatif itu dimulakan pada akhir Mei, mereka telah menyuntik sehingga 2,000 dos sehari berbanding 400 dos sebelum ini.

Sumber: BERNAMA

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending