Connect with us

Infozon

Presiden Brazil Diuji Positif COVID-19 Buat Kali Ketiga

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sekali lagi diuji positif COVID-19, memerlukannya kekal berada di bawah pengasingan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden pada Rabu.

Ia merupakan ujian positif kali ketiga, yang dilakukan pada Selasa namun, beliau “dalam keadaan baik.”

“Presiden Jair Bolsonaro berada dalam keadaan baik, ditemani pasukan perubatan presiden. Ujian yang dilakukan presiden semalam (21 Julai), didapati positif,” jelasĀ  kenyataan itu.

Pada 7 Julai, Bolsonaro mengumumkan beliau positif COVID-19 selepas mengalami demam dan sejak itu presiden menjalankan tugasnya dari rumah dan tidak menghadiri acara umum.

Bolsonaro, 65, termasuk dalam kalangan berisiko untuk dijangkiti virus itu.

Sumber : Bernama

Continue Reading
Advertisement

Trending