Connect with us

Inspirasi

‘Posmen’ Putus & Kehilangan Kaki Bangkit Semula Selepas Kemalangan

Tiada semua orang mampu menerima ketentuan kehidupan yang teah diaturkan oleh-Nya. Lebih-lebih lagi, apabila melibatkan perkara kemalangan ataupun kecelakaan terhadap diri sendiri ataupun orang yang tersayang.

Perkara dan pengalaman ini telah dialami oleh seorang penghantar surat, yang harus akur menerima ujian hebat yang menimpa keatas dirinya. Mohd Khairul Zamry bin Zulkeffly, telah kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan ketika bertugas.

Aktif bermain bola sepak…

Bukan setakat sudah berkhidmat dengan poslaju sejak 2004, lelaki berusia 34 tahun ini juga aktif bermain bola sejak dalam pasukan KL Pos FC ataupun lebih dikenali DRB Hicom FC, sebagai pemain pertahanan kiri.

Kemalangan semasa bertugas!

Namun, malang tidak berbau! Mohd Khairul Zamry telah terlibat dalam kemalangan sewaktu menghantar surat sekitar tahun 2014. Kemalangan yang berlaku itu, telah menyebabkan dia kehilangan kakinya ditempat kejadian.

Semangat tak pernah pudar

Selepas dari kejadian berkenaan, Mohd Khairul Zamry telah mengambil keputusan untuk berehat selama 9 bulan untuk pulih dan bangjit semula.

Dia juga telah mengalami trauma akibat kemalangan tersebut, tetapi dalam pada masa yang sama dia menerima ketentuan yang telah diberikan oleh-Nya.

“Kaki palsu bukan penghalang…”

Mohd Khairul Zamry kini masih berkhidmat bersama Pos Malaysia dengan membuat kerja-kerja dalaman. Malah, dia juga kini berkecimpung sebagai jurulatih pasukan bola sepak di Merlimau, Melaka tanpa bayaran disebabkan minatnya sendiri.

Kisah yang terjadi dalam hidup Mohd Khairul Zamry ini seharusnya dijadikan sebagai satu inspirasi dan aura yang positif dalam hidup. Semestinya, sesuatu yang terjadi itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Sumber: Friends Of Posmen.

Continue Reading
Advertisement

Trending