WOW
Posmen Pekak & Bisu, Si Cilik Belajar Bahasa Isyarat Untuk Saling Bermesra

Bagi insan yang sempurna fizikal dan kesihatannya, disarankan untuk menghormati golongan kelainan upaya agar mereka juga merasakan tidak dipinggirkan. Bahkan, sudah banyak golongan kelainan upaya sudah berani untuk keluar dari zon selesa dan melakukan pekerjaan seperti orang normal.
Jika diperhatikan, ramai golongan istimewa ini tidak mahu menerima layanan yang berbeza. Malah mereka ini lebih senang jika orang sekeliling melayannya seperti insan biasa sahaja.
Sanggup belajar bahasa isyarat!
Tim Joseph merupakan insan kelainan upaya kategori pekak yang berkhidmat sebagai penghantar surat. Hatinya tersentuh setelah seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, berkomunikasi dengannya buat pertama kali.
Mereka berdua bermesra melalui bahasa isyarat yang telah dipelajarinya di rumah sepanjang perintah berkurung di negara itu berlangsung.
Kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Tallulah, sebelum hanya berhubung dengan Tim Joseph dengan lukisan sebagai medium untuk mengucapkan terima kasih atas kerja keras lelaki berkenaan.
Namun, dia ingin bermesra dengan lelaki itu dengan lebih dekat dan membuat keputusan untuk belajar bahasa isyarat
Momen ini menjadi lebih mengharukan apabila Tim Joseph tersenyum dan agak terpegun kerana kanak-kanak berkenaan sudah pandai bahasa isyarat. Mereka berdua bahkan saling bergurau dan berbalas isyarat.
Usaha anak kecil ini telah berjaya menyentuh hati semua orang yang menonton videonya bersama seorang posmen yang mempunyai masalah pendengaran.
Sumber: BBC.

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit