Connect with us

WOW

Popular ‘Menggila’ Di Media Sosial, Bacaan Al-Quran Mimi Peri Buat Ramai Tergamam

Ramai menggunakan platform media sosial sebagai tempat untuk meraih populariti. Dengan kuasa tular, hidup seseorang itu boerubah dan sekaligus menjana pendapatan dengan melalui hujung jari. Bukan mudah untuk tular di media sosial, paling penting adalah menjadi unik dan mempunyai personaliti yang mampu menarik minat ramai.

Populariti selebriti media sosial seperti Instafamous boleh dikatakan kini setanding dengan artis-artis hiburan tanah air. Malah, mereka ini juga mempunyai pengikut serta peminatnya tersendiri yang sentiasa menyokong kerjaya-kerjaya mereka dari belakang.

Alunan Al-Quran yang merdu, buat ramai terpegun!

Selebriti media sosial Indonesia yang popular dengan watak lucu iaitu Mimi Peri, menjadi sebutan dalama kalangan pengguna media sosial di Malaysia gara-gara sering membawa perwatakan diluar jangkaan. Sebelum ini, populariti Mimi Peri meletus kerana dia dilihat membuat live di Instagram bersama beberapa artis di Malaysia.

Perangai gila¬≤ juak..amal ibadat kita jgn lupak..walaupun xpandey kata org…Al-quran pedoman hidup…#Respect

Posted by Qhai Ibrahim on Wednesday, May 13, 2020

Kali ini, nama Mimi Peri sekali lagi menjadi sebutan kerana kemerduan suaranya membaca ayat suci Al-Quran. Malah, tiada siapa yang menyangkakan bahawa Mimi Peri mempunyai sisi yang layak untuk dikagumi.

Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara dan kefasihannya membaca Al-Quran yang mungkin tidak semua orang mampu untuk melaksanakannya.

Walaupun sebelum ini ramai yang mengecam Mimi Peri kerana sering kali berpewatakan aneh, tetapi kali ini ramai yang sedar bahawa keperibadian seseorang itu tidak wajar diadili dari luaran sahaja.

Sumber: Facebook.

Henlo!

Continue Reading
Advertisement

Trending