Connect with us

Inspirasi

Polis Turki Ambil ‘Order’ Barang Dapur Depan Pintu Elak Warga Emas Keluar Rumah

Covid-19 yang melanda bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia, bahkan hampir diseluruh dunia. Perintah berkurung yang dijalankan oleh sesetengah negara turut menyebabkan kegelisahan kepada sesetengah orang.

Namun, atas jasa baik dan tanggungjawab anggota keselamatan, ada diantara mereka menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti wanga tua.

Catat senarai barang depan pintu rumah

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai StanceGrounded, terlihat satu video anggota polis datang ke rumah warga emas dan mengambil senarai barangan keperluan untuk mereka.

Selepas mengambil senarai barang, pihak polis itu bergegas ke pasaraya dan mendapatkan segala keperluan yang diperlukan oleh warga emas tersebut.

Dekat Ireland polis  buat perkara sama

Perkara tersebut telah memberikan rasa sebak kerana kesusahan warga emas dalam menghadapi perintah kawalan pergerakan dipandang oleh pihak keselamatan.

Perkara itu turut dilakukan odi Ireland apabila pihak polis menghantar sendiri barangan keperluan dan dapur dipintu rumah warga emas.

Sikap seperti ini sangat menyentuh hati kerana melalui video yang dimuat naik itu, jelas menunjukkan bahawa pihak polis sangat mengambil berat golongan berusia sehingga gigih mengambil senarai barangan dari depan pintu rumah demi memastikan mereka tidak terputus bekalan makanan ketika keadaan meruncing seperti ini.

Sumber : StanceGrounded, Garda Info

Continue Reading
Advertisement

Trending