Connect with us

Cute

Polis Thailand Bela Kucing Dalam Balai, Penghilang Tekanan Semasa Bertugas

Para peminat haiwan terutamnya kucing, pasti sangat terhibur dengan gelagat dan aksinya yang sangat comel. Menurut kajian, kucing dapat menghilangkan stress dan juga aura negatif yang ada pada manusia.

Sangat menghiburkan apabila dilaporkan sebuah balai polis di Thailand, mengambil kesempatan membela kucing di pejabat mereka. Malah, setiap balai polis di negara itu, disarankan untuk membela haiwan comel berkenaan untuk menceriakan hari-hari mereka ketika bertugas.

Macam2 kerenah dan tugas buat kucing di sana!

Kucing-kucing yang dibela dalam balai polis di sana, juga turut diberikan Officer Card khas setiap satu. Menurut polis-polis di sana, kehadiran kucing-kucing ini sekurang-kurangnya dapat menceriakan dan memberikan ketenangan disaat mereka kepenatan selepas bertugas.

https://www.facebook.com/aryou.niyu/posts/3922728327753340

Macam-macam gelagat dan aksi bersama kucing!

Beberapa keping gambar juga telah turut dimuat naik, yang memaparkan aksi kucing berkenaan ketika sedang “melaksanakan tugas” di balai polis.

Peneman buat kerja!

Oyen bermesyuarat, luahkan pendapat!

SiapĀ  pakai baju seramgam polis

Sedia laksanakan tugas!

Ikut sama pergi meronda

Diharapkan usaha seperti ini dapat membenteras jenayah dan kes kekejaman terhadap haiwan jalanan. Bahkan, cara ini boleh juga dicontohi dan menjadi inspirasi kepada negara-negara yang lain.

Sumber: DakuCing Ku.

Continue Reading
Advertisement

Trending