WTF
Polis Punca Kematian George Floyd Didakwa Membunuh, Isteri Kecewa Sampai Tuntut Cerai

Di Amerika Syarikat, rata-rata rakyat masih lagi meneruskan rusuhan dan demonstrasi bagi mendapatkan keadilan di atas kematian lelaki kulit hitam, George Floyd, yang maut di tangan anggota polis Minneapolis.
Menerusi laporan CNN, anggota polis yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Floyd, dikenali sebagai Derek Chauvin, telah pun ditahan oleh pihak berkuasa di sana.
Berhadapan dakwaan membunuh
Derek Chauvin yang telah bertugas selama lebih dari 18 tahun di Jabatan Polis Minneapolis, kini bakal berhadapan dengan dakwaan membunuh tahap ketiga dan pembunuhan tahap dua.
Pernah dapat 18 aduan dari orang awam
Kalau nak tahu, sebelum kes kematian Floyd, Derek Chauvin telah mendapat sebanyak 18 aduan daripada orang awam, antaranya kerana menggunakan perkataan yang menghina. Namun kes itu ditutup dengan tindakan disiplin sahaja.
Floyd dan Chauvin pernah kerja kelab yang sama!
Antara info yang lebih mengejutkan, sebenarnya Floyd dan Chauvin ini pernah bekerja di tempat yang sama, iaitu sebagai pengawal keselamatan sambilan pusat hiburan di kelab El Nuevo Rodeo.
Floyd bekerja pada setiap hari Selasa dan Chauvin pula pada hari yang lain, jadi ada kemungkinan sahaja mereka berdua pernah terserempak. Malah, secara teknikalnya, mereka adalah rakan sekerja!
Isteri Chauvin tuntut cerai
Perbuatan jijik Chauvin bukan sahaja menerima kutukan daripada masyarakat dunia, malah isterinya, Kellie Chauvin, juga turut bersimpati dan terkesan dengan apa yang telah berlaku terhadap Floyd.
Kecewa dengan tindakan suaminya itu, Kellie dikhabarkan telah membuat tuntutan untuk membubarkan perkahwinannya bersama Chauvin.
Chauvin, kini sedang ditahan di penjara negara Oak Park Heights, iaitu penjara untuk tahanan dengan kesalahan berat. Tiada siapa yang dibenarkan datang melawat berikutan Covid-19 dan kes ini dibicarakan tidak lama sahaja lagi.
Sumber : CNN

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit