WOW
Polis Hilang Ketika Tsunami Aceh 2004 Ditemui Sihat Di Hospital Sakit Jiwa

Peristiwa Tsunami Aceh 2004 sememang masih segar di minda setiap masyarakat di Indonesia dan sekitar Asia Tenggara khususnya.
Ratusan ribu nyawa telah terkorban dan sehingga kini masih ada yang hilang tanpa jejak walaupun sudah 17 tahun tragedi tersebut berlaku.
Namun begitu, siapa sangka, mangsa tragedi Tsunami yang disangka sudah tiada rupanya masih hidup dan berada di hospital sakit jiwa.
Mangsa Tsunami hilang masih hidup
Hal ini dikongsikan oleh Tribunnews apabila seorang lelaki telah dikunjungi anggota polis yang mengakui sebagai rakan seangkatannya di Rumah Sakit Zainal Abidin, Banda Aceh.
Video pertemuan tersebut tular di media sosial dan lelaki tersebut dipercayai merupakan anggota polis dari Brimob Resimen I Kedung Halang Bogor, iaitu Bharaka Zainal Abidin alias Asep.
Rakan2 bersyukur temui kembali teman lama
Lelaki yang juga anggota polis itu mengakui berasa gembira apabila dapat bertemu semula dengan Asep setelah 17 tahun tragedi Tsunami berlaku.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Facebook Emil ARz, pihak hospital sakit jiwa itu telah melakukan pengecaman dan mendapati 99% ciri fizikal pesakit mereka sama dengan anggota polis yang hilang tersebut.
Dari situ, rakan-rakan anggota begitu bersyukur kerana salah seorang daripada anggota Atlas 351 berasal dari Kesatuan Resimen 1 Kedung Halang Bogor berjaya ditemui setelah terpisah lama disebabkan tragedi 17 tahun lalu ketika mangsa bertugas di Aceh.
Sumber: Tribunnews, Emil ARz

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit