Connect with us

Infozon

Polis Dah Jumpa Petunjuk, ‘Akak2 Busuk Hati’ Conteng Mural Diburu & Bakal Ditangkap

Manusia dengan perangai busuk hati memang susah nak dipisahkan, sampaikan hasil titik peluh para pelukis yang melakar mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam diconteng dengan kata-kata kesat.

Apa masalah mereka? Kalau ya pun tak suka dengan kerajaan sekarang perlu ke nak melepaskan kemarahan dan kebencian dengan cara yang tidak bersivik.

Polis dah jumpa petunjuk

Mujurlah, dalam laporan Harian Metro, polis maklum dah jumpa petunjuk serta sasaran individu dipercayai terbabit dalam insiden menconteng mural tersebut.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih di peringkat siasatan untuk mengenalpasti individu terbabit dan jumpa beberapa ‘target’.

Bakal ditangkap dalam masa terdekat

Mujurlah ada satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial memaparkan dua orang wanita sedang ‘seronok’ merosakkan mural lukisan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Memandangkan polis kata dah jumpa petunjuk, jadi tak mustahil la ‘akak-akak’ busuk hati ini bakal ditangkap dalam masa terdekat ini, boleh rakyat Malaysia tahu siapa dalang disebalik kerja-kerja vandalisme ni.

Sumber : Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Trending