Connect with us

Cute

PKP Punya Pasal, Lelaki Tak Sedar Seterika Dah Jadi Sarang Semut

Norma baharu bukan sahaja mengubah kehidupan masyarakat, dalam tak sedar banyak kebiasaan yang berubah pada zaman pandemik ini.

Gara-gara terlalu lama terperap dalam rumah, seorang lelaki tidak menyedari yang peralatan eletriknya telah  menjadi sarang semut.

Ingat nak sembur air, sekali semut yang keluar

Perkara ini hanya disedari ‘mangsa’ ketika dia hendak menggunakan seterika tersebut untuk menggosok bajunya.

Pada mulanya, dia menghidu bau hangit datang daripada seterika itu tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

Namun ketika dia ingin menggunakan fungsi wap pada seterika itu, dia mendapati puluhan semut tersembur keluar dari bahagian bawah peralatan elektrik itu.

Advertisement

https://www.tiktok.com/@pppeaaaa/video/6993574243371961626?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6994278166303131138

Ni dah jadi semut rebus

Video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok Sofea itu telah membuatkan ramai pecah perut melihat telatah lelaki tersebut.

Terdapat beberapa netizen yang turut meninggalkan komen berkongsi pengalaman yang serupa.

Setakat ini, video tersebut telah meraih sebanyak 55.7 ribu like serta dikongsi sebanyak 1,331 kali oleh pengguna aplikasi tersebut.

Sumber TikTok @sofea

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending