Connect with us

WTF

Pintu Roda Ferris Tidak Ditutup, Seorang Kanak-kanak Perempuan Terjatuh

Kebiasaannya kita pasti ada terdengar berita-berita yang menyeramkan berkenaan dengan fun fair seperti pengunjung terjatuh dari roller coaster dan sebagainya.

Kisah-kisah seperti itu membuatkan ramai yang gerun untuk menaiki permainan yang mencabar, kerana takut terhadap risiko yang berkemungkinan akan berlaku ketika menaiki permainan tersebut.

Kanak-kanak perempuan terjatuh kerana pintu roda Ferris terbuka

Seorang kanak-kanak perempuan ditimpa kecelakaan selepas terjatuh ke bawah dari ketinggian dua tingkat rumah.

Kanak-kanak yang berusia empat tahun telah menaiki roda Ferris itu tanpa pengawasan turut menjadi punca kepada kemalangan yang berlaku.

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Zou Leying dikatakan telah menaiki roda Ferris dengan perasaan teruja sehingga tidak menyedari bahawa pintu roda Ferris yang dinaikinya tidak bertutup.

Ibunya yang bernama Chen Qiumei mengatakan anak perempuannya itu telah menaiki roda Ferris terlebih dahulu, sebelum dia sempat menaikinya bersama.

Apabila roda itu berada di tahap kemuncak, pintu roda tersebut telah terbuka secara tiba-tiba. Kejadian itu disedari oleh pekerja yang mengendalikan permainan tersebut, namun gagal diselamatkan kerana alat kawalannya sudah lama dan berkarat.

Qiumei yang panik apabila melihat anaknya terlantar di tanah telah segera menelefon klinik yang berhampiran. Namun klinik tersebut tidak mempunyai ambulans dan doktor pada ketika itu.

Maka, orang awam terpaksa membawa anaknya itu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Dia telah memapah anaknya sepanjang perjalanan ke hospital.

Syukur Zoe Leying masih hidup, namun kakinya telah disahkan patah dan mengalami beberapa luka di bahagian muka dan lengan.

Oleh itu, ibu bapa disarankan agar memantau pergerakan anak dan pihak pengurusan taman permainan seharusnya memastikan permainan tersebut selamat digunakan.

Sumber: Sin Chew Daily

 

Continue Reading
Advertisement

Trending