Connect with us

Cute

Pikul 2 Guni Berisi Duit Masuk Kedai, Atuk Beli Emas Buat Isteri Hasil Dari Mengemis

Baru-baru ini, tular kisah seorang warga emas terpaksa berdepan kesukaran membeli barang kemas buat isteri tercinta kerana mahu membayar menggunakan wang tunai.

Memetik penulisan Tribun News, warga emas bernama Januri itu telah berkunjung ke 2 buah kedai emas di daerah Ketanggungan, Jawa Tengah.

Namun permintaannya telah ditolak oleh pemilik kerana dia mahu membayar menggunakan wang dikumpul dalam 2 karung guni yang dipikulnya.

Sanggup kumpul duit demi bahagiakan isteri

Bagaimanapun, warga emas berusia 60 tahun bernasib baik apabila kedai ketiga menyambut kehadirannya dengan mesra.

Difahamkan lagi, menurut pemilik kedai tersebut, Hengky, Januri dilihat memikul 2 karung guni dipenuhi wang kertas bercampur syiling dan memberitahu mahu membeli barang kemas buat isteri tercinta.

Advertisement
“Dua karung guni itu berisi wang berjumlah 6.5 juta rupiah (RM1,867) dan kami menawarkan seutas rantai emas, sebentuk gelang tangan seberat 10 gram serta lapan gram yang memiliki nilai serupa.
“Atuk itu sangat gembira kerana ada kedai yang menerima wangnya. Dia memberitahu bahawa dia seorang pengemis dan duit hasil mengemis disimpan untuk membeli hadiah buat isteri,” kata Henky.

Tambanhnya lagi, kebanyakan kedai emas menolak kehadiran Januri kerana mereka lebih memilih membuat urusan jual beli secara online sewaktu pandemik ini.

Tonton video penuh:

Sumber: Tribun News

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending