Connect with us

Inspirasi

Petugas2 ‘Offshore’ Selamatkan Seekor Anjing Yang Hanyut Di Tengah Lautan

Anati Ali

Published

on

Semua sedia maklum bahawa, kerja-kerja dalam industri minyak dan gas ini agak lumayan gajinya berbanding bidang lain. Sudah tentunya kerja ini amat berisiko tinggi, malah boleh melibatkan nyawa kalau memandang remeh tentang isu keselamatan di sana.

Semalam, tular di Facebook sebuah posting yang melibatkan petugas-petugas offshore di lokasi yang masih tak dikenal pasti. Petugas-petugas tersebut dikatakan telah menyelamatkan seekor anjing yang hanyut sehingga ke tengah lautan.

“Terbaik semua abang-abang offshore

Anjing tersebut dikatakan telah hanyut ditengah lautan yang hampir berdekatan dengan pelantar minyak mereka. Hasil usaha pekerja-pekerja di sana, anjing dewasa berkenaan telah berjaya diselamatkan dan dibawa naik ke pelantar.

Mesti dah lama dan jauh dia berenang…

Sejurus dibawa naik, riak wajah anjing berkenaan tampak begitu ketakutkan dan kepenatan akibat mungkin terlampau lama berenang di lautan yang luas berkenaan.

Nampak sedih dan ketakutan!

Jadi persoalan ramai…

Menjengah diruangan komen, ramai yang meninggalkan kata-kata pujian terhadap petugas-petugas pelantar minyak berkenaan. Tetapi dalam masa yang sama, warga netizen juga mempersoalkan keberadaan anjing berkenaan yang boleh berada di tengah lautan.

“Mungkin anjing itu persembahan dari suku pendalaman…”

Terima kasih pada yang dah menyelamatkan

Kesian tengok muka dia…

Jatuh dari kapal ke anjing tu?

Sekali lagi syabas diucapkan kepada petugas-petugas offshore berkenaan, kerana telah berusaha dan berjaya menyelamatkan satu nyawa yang ternilai. Semoga kes-kes yang terpencil ini tidak berulang kembali dan diharapkan ia hanya sebuah kemalangan bukannya disengajakan oleh sesetengah individu.

Sumber: Ben Mr Red.

Continue Reading
Advertisement

Trending