Connect with us

Inspirasi

Petugas Hospital Wuhan Boleh Pulang, Orang Ramai Tunggu Tepi Jalan Beri Penghormatan

Bandar Wuhan tidak lagi mencatatkan kes baru Covid-19 dalam masa 24 jam, buat kali pertama sejak melaporkan kes pertama pada bulan Disember dalam wabak yang telah menjangkiti lebih 250,000 orang di seluruh dunia dan membunuh lebih daripada 11,000 orang.

Terbaru pula, tular sebuah video memaparkan sekumpulan petugas perubatan daripada pelbagai daerah di China,  sudah mula pulang meninggalkan Wuhan untuk ke tempat asal masing-masing dan bertemu keluarga.

Jasa mereka akan dikenang sampai bila2

Namun, apa yang menghibakan adalah ketika kenderaan yang membawa kesemua kakitangan perubatan yang bertugas di Wuhan pulang ke daerah masing-masing, dilihat orang awam melambai dan mengucapkan terima kasih kepada semua petugas.

Dapat diperhatikan, di sepanjang perjalanan orang awam mengiringi kepulangan para petugas yang sebelum ini telah bertungkus lumus merawat dan membendung gejala wabak pembunuh ini.

Ucapan terima kasih buat para petugas

Melihat begitu besar penghargaan yang mereka terima, ada dalam kalangan petugas mengalirkan air mata kerana jasa mereka selama dikenang oleh masyarakat.

Akhirnya boleh pulang jumpa keluarga

Terpancar sinar kegembiraan di wajah para petugas selepas mereka akhirnya dapat pulang ke rumah masing-masing, dan bertemu dengan keluarga yang sekian lama terpisah demi tugas kepada negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata pada hari Jumaat, 20 Mac lalu,  bahawa pusat gempa asal di China mengenai wabak Covid-19 pada laporan lepas tidak ada kes baru.

Ia sekaligus memberi harapan kepada seluruh dunia untuk memerangi pandemik yang kini sudah meragut ribuan nyawa di negara itu.

Sumber : Straits Times

Continue Reading
Advertisement

Trending