Connect with us

Infozon

Petanda dan kesan ketagihan dadah jenis syabu pada kesihatan

Dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) atau Syabu adalah yang popular pada zaman sekarang terutamanya di kalangan belia remaja yang mengambil dadah jenis stimulan ini sekadar mahu bersuka-ria.

Pengambilan syabu mampu memberikan kesan euphoria iaitu keseronokan akibat syabu yang membuatkan penangih berasa sangat seronok dan berkeyakinan tinggi. Penagih yang mengambil syabu dikatakan boleh menjadi sangat mesra dan boleh mendapat kawan baru dengan mudah sekali.

Kesan euphoria ini juga akan membuatkan individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan bagi terus merasai kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.

Namun, sebaik sahaja dadah syabu ini kehilangan kesannya, penangih akan mula menjadi resah dan gelisah seperti ditimpa dengan bermacam-macam jenis masalah.

Penagih juga dikatakan akan menunjukkan simptom-simptom ketagihan seperti mengetap gigi, kerap membasuh muka berkali-kali dan mengesat-ngesat mata bagi mengurangkan rasa kebas yang dirasai mereka.

Pengambilan syabu juga dikatakan dapat membuatkan mereka mampu berjaga dan tidak tidur untuk satu jangka masa yang panjang dan ini sekali gus menyebabkan perubahan fizikal di bahagian muka penagih yang akan kelihatan lebih cengkung dengan bengkak di kawasan bawah kelopak mata kerana kekurangan tidur.

Selain itu, pengambilan syabu turut dikaitkan dengan peningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol kerana pengambilan dadah ATS menyebabkan mereka tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh.

Malah akibat tidak sanggup menghadapi tekanan kesengsaraan itu, ada penagih akhirnya memilih untuk membunuh diri mungkin dengan anggapan membunuh diri lebih baik daripada mengalami kesengsaraan syabu.

Berbeza dengan dadah jenis heroin, pengambilan syabu sekadar dua kali dalam seminggu dan sudah cukup untuk membuatkan pengguna ketagih dan memudaratkan.

Kesan pengambilan

Berisiko untuk menghidapi masalah kesihatan seperti strok, saluran darah pecah, tekanan darah tinggi, lumpuh, masalah jantung, dan masalah otak yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Syabu juga boleh menghilangkan nafsu seks seseorang.

Kesan pengambilan syabu menyebabkan sakit emosi dan otak menjadi lembap, sakit jiwa dan mengalami kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri.

Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.

Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.

Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.

Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk).

Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.

Perut dan sistem penghadaman: Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.

Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.

Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.

[su_label type=”important”]Sumber[/su_label]Homefamilysite

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending