Infozon
Pesawat Israel Sembur Racun Perosak Atas Ladang Penduduk Palestin

Pihak berkuasa Israel bertindak untuk menyembur bahan kimia toksik dan racun perosak di ladang berhampiran pagar sempadan di timur Bandar Gaza pada Ahad lalu.
Menerusi laporan The Palestinian Information Center, para petani memberitahu bahawa pesawat rejim Israel menyembur bahan perosak di ladang luas berkenaan yang memiliki gandum, barli, jagung dan beberapa jenis tanaman lain.
Tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan para petani mengalami kerugian besar malah hasil tanaman juga terjejas teruk.
Pusat Hak Asasi al-Mezan mengatakan pihak berkuasa Israel sengaja mengambil kesempatan atas krisis global Covid-19 bagi memusnahkan tanaman di sepanjang pagar sempadan di timur Gaza selain penduduk terus dikawal oleh rejim tersebut.
Pusat itu turut menggesa komuniti antarabangsa mengambil langkah untuk menghalang Israel daripada menggunakan bahan toksik yang memusnahkan semua tanaman dan membahayakan nyawa para petani di Gaza.
Sumber : The Palestinian Information Center

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit