Connect with us

Infozon

Pesakit Covid-19 Dikuarantin Dalam Dewan Tunai Solat Terawih Berjemaah

Berikutan wabak pandemik Covid-19, kerajaan Singapura menyediakan beberapa lokasi sebagai pusat isolasi bagi menempatkan pesakit yang mempunyai simptom ringan.

Salah satu tempat adalah Changi Exhibition Centre dimana pesakit beragama Islam tidak lupa menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan meluangkan masa untuk beribadah.

Salah seorang pesakit, Muhammad Nasiruddin berkongsi posting di laman Facebook malam tadi yang menunjukkan mereka menunaikan solat Terawih di dalam dewan tersebut.

Menurutnya, terdapat syarat yang ditetapkan sekiranya ingin bersama-sama mengerjakan solat iaitu tidak mempunyai demam, memakai topeng muka dan jarak satu meter antara satu sama lain.

“Allah maha mengetahui. Mereka yang berada di luar tidak dapat berkumpul, tetapi mereka yang terkunci diberi kesempatan. Ramadan tahun ini sungguh indah.
“Baiklah, saya akan berhenti di sini terlebih dahulu sebelum saya mula menangis kerana Allah S.W.T memberi peluang untuk terawih berjemaah,” katanya.

Tiga minggu terpisah daripada keluarga

Sumber : mustsharenews

Continue Reading
Advertisement

Trending