Inspirasi
Perumahan Musnah Dibedil Bom, Lelaki OKU Jadi ‘Hero’ Selamatkan Kucing2 Sekitar Gaza

Serangan rejim zionis ke atas Palestin telah meragut ratusan nyawa rakyat Palestin serta menyebabkan kerosakan infrastruktur awam di negara terbabit.
Ribuan rakyat terpaksa menjadi ‘gelandangan’ apabila rumah mereka musnah dek bedilan bom dan roket Israel sejak 10 Mei lalu.
Namun begitu, bukan golongan manusia sahaja menerima impak daripada tragedi berkenaan namun haiwan turut mengalami nasib yang sama lebih-lebih lagi setelah ‘keluarga/tuan’ mereka terkorban dalam peperangan tersebut.
Haiwan turut menjadi mangsa keganasan ‘perang’
The cat survived the bombing of Al Rimal neighborhood, Gaza. #Palestine #GazaUnderAttack pic.twitter.com/bOkrBrTTit
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 20, 2021
Bercerita mengenai haiwan, seorang lelaki Palestin berusia 28 tahun bertindak menyelamatkan dan menjaga beberapa ekor kucing terbiar yang ditemuinya di serata Gaza.
Lelaki OKU jadi gelandangan, selamatkan kucing
Difahamkan lagi, lelaki bernama Ahmed Mosabeh itu terpaksa meninggalkan rumahnya kerana serangan udara Israel.
Meskipun dia merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan kini hanya tinggal sehelai sepinggang di jalanan, dia sanggup menjaga haiwan kesayangan nabi itu dengan penuh kasih sayang.
Malah, menerusi gambar-gambar yang dipamerkan di beberapa ‘posting’ di laman sosial, kelihatan Ahmed memeluk dan membelai segelintir anak kucing yang diselamatkannya.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah tatkala melihat gambar Ahmed dan kucing-kucingnya berlatar belakangkan bangunan yang telah musnah, hanya meninggalkan serpihan konkrit sebagai bukti keganasan zionis.
Selain itu, lebih menyayat hati apabila dalam salah satu gambar yang diambil, seekor anak kucing dilihat sedang berehat di antara serpihan bangunan, tidak mengerti apa yang sedang berlaku di bumi Allah itu.
Syukurlah ada insan seperti Ahmed yang tidak lupa akan nasib haiwan-haiwan malang itu dan menjadi ‘wira’ menyelamatkan ciptaan Allah itu dari bahaya.
Menjengah ke ruangan komen di ‘posting’ terbabit, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap tindakan lelaki tersebut yang masih menunjukkan sifat ‘ihsan’ terhadap haiwan walaupun dirinya sendiri ditimpa musibah.
Sedihnya!
Saksi di hari kebangkitan nanti
Semoga Allah melindungi sahabat2 dan kucing2 di sana
https://twitter.com/AFPphoto/status/1395137187520389127
Terdahulu, Hamas dan Zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata yang bermula awal pagi Jumaat ini, jam 2 pagi waktu tempatan.
Untuk rekod, perang yang bermula sejak 10 Mei itu telah mengorbankan 232 nyawa rakyat Palestin termasuk 65 kanak-kanak.
Angka korban Zionis Israel pula disahkan setakat ini seramai 12 orang dengan ratusan cedera dalam serangan roket Hamas.
Sumber: Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini, Twitter AFP Photo

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit