Connect with us

Detik

Kawasan Rumah Dihujani Bom, Kanak2 Palestin Berzikir Ramai2 Tenangkan Diri

Ketegangan antara Israel dan Palestin semakin meningkat sehingga hari ini berikutan konflik di antara penunjuk perasaan Palestin dan pasukan polis Israel di Baitul Maqdis, kelmarin.

Sehingga kini, jumlah kematian dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak meningkat kepada 212 orang, 61 daripadanya adalah kanak-kanak.

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan kanak-kanak Palestin sedang menenangkan diri ketika tentera Israel mengebom kawasan perumahan mereka.

Menangis takut bunyi letupan bom

Menerusi video itu, kelihatan seorang kanak-kanak sedang menangis ketakutan akibat letupan bom bertubi-tubi yang menimpa kawasan perumahannya.

Bagaimanapun, kanak-kanak lain yang berada di sekelilingnya cuba menenangkan anak kecil itu dengan mengajaknya berzikir beramai-ramai.

Advertisement

Akhirnya, anak kecil itu kembali tersenyum setelah ditenangkan dengan alunan zikrullah ‘Allahuakbar’ daripada saudara-maranya yang lain.

Dalam video kedua pula, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang berzikir tanpa henti, seakan sudah bersedia dengan ajal yang bakal menjemputnya. Malah, tiada sedikit pun perasaan takut di riak wajahnya. Allahuakbar.

Lihat bagaimana kanak-kanak Palestin menenangkan diri ketika tentera  mengebom perumahan mereka. Dengan zikir dan berserah diri kepada Allah kerana mungkin selepas itu ajal bakal menjemput mereka. Mereka hanya kanak-kanak, seusia adik atau anak-anak anda,” tulis individu yang berkongsi video itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan sebak tatkala menonton video berkenaan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, netizen turut menyatakan kekaguman menyaksikan semangat mereka yang sejak kecil sudah dididik bersedia untuk syahid.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah kebergantungan kanak-kanak terbabit pada Allah SWT sejak usia sekecil itu

Kagum dengan didikan ibu bapa mereka

Kuatnya kamu anak2 pejuang

Menangis tengok

Walaupun masih kecil, kuat imannya

Bergantung penuh pada Allah

Cemburu tengok mereka

Untuk rekod, pencerobohan dan serangan rejim zionis Israel ke atas rakyat Palestin bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sehingga hari ini.

Sumber: Twitter @AdDien90

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending