Connect with us

Infozon

Pertukaran Jantina Diluluskan, Aprilia Manganang Kini Aprilio Perkasa

Sebelum ini, nama atlet bola tampar wanita Indoensia, Aprilia Manganang telah menjadi sebutan apabila disahkan seorang lelaki selepas dia melakukan ujian perubatan sejak 3 Februari 2021.

Dia yang dibesarkan sebagai seorang perempuan akhirnya berasa lega setelah keputusan ujian perubatan mendapati dia adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan  kadar hormon testosteron lebih tinggi seperti seorang lelaki.

Kongsi kisah tukar jantina

Melalui Tribuns News, Aprilia yang juga merupakan anggota angkata Tentera Darat Indonesia (TNI), telah menangis saat diberi nama baru dan diperkenalkan sebagai seorang lelaki setelah selesai menjalani rawatan masalah jantinanya.

Paling menyentuh hati sudah tentu perkongsian perjalanan proses rawatan Aprilia yang dimuat naik ke YouTube TNI AD sehingga membuatkan mereka yang hadir pada upacara tersebut menitiskan air mata.

Disahkan lelaki

Ketika ini, Aprilia  Manganang telah menukar nama menjadi Aprilio Perkasa Manganang dan sah sebagai seorang lelaki. Upacara menukar tang nama juga dilakukan oleh pihak atasan tentera Indonesia.

Beberapa foto yang dimuat naik oleh Antarafoto.com memperlihatkan bekas atlet bola tampar itu tidak dapat menahan tangis kerana bersyukur permasalahan yang dihadapinya kini selesai.

Selepas 28 tahun akhirnya Aprilia atau nama lelakinya, Aprilio Perkasa Manganang boleh berasa lega kerana Mahkamah Indonesia mengesahkan bahawa dia adalah lelaki sejati.

Sumber: TNI AD, Tribuns News, antarafotocom

Continue Reading
Advertisement

Trending