Connect with us

WOW

Pertama Kali Makan Rambutan, Lelaki Turki Samakan Bentuk Buah Dengan ‘Coronavirus’

Cinta antara dua manusia tidak mengenal erti jarak dan negara mahupun budaya serta adat yang berbeza. Masing-masing perlu menerima kelebihan dan kekurangan yang ada selain belajar mengenai budaya dan adat pasangan.

Begitulah berlaku kepada pasangan Indonesia-Turki ini dimana tular sebuah video dikongsi di akaun TikTok @sophieerste yang memperkenalkan buah rambutan kepada suaminya yang berasal dari negara Turki.

Menurutnya, itu merupakan kali pertama suaminya memakan buah berkenaan. Setelah memakannya dia menyatakan bahawa buah itu berasa sedikit pelik tetapi akhirnya berjaya juga dihabiskan.

Namun, apa yang menggelikan hati adalah apabila dia memberitahu buah tersebut menyerupai bentuk ‘Coronavirus’.

https://www.tiktok.com/@shofieerste/video/6925327016241794306?referer_url=https%3A%2F%2Fviralnewsupdates.com%2F&referer_video_id=6925327016241794306&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Selepas itu, suaminya terus menghubungi ahli keluarga lain untuk menyarankan mereka supaya mencuba makanan yang digelarnya sebagai ‘buah corona’ berkenaan. Dengan serta-merta, adik iparnya tiba di rumah mereka dan turut berasa teruja melihat buah itu.

Gadis itu dengan pantas memasukkan buah tersebut ke dalam mulut dan menjelaskan rasanya seakan ‘jelly’. Selain itu, dia turut mencuba buah mata kucing yang dikatakan enak.

https://www.tiktok.com/@shofieerste/video/6925634600307789057?sender_device=pc&sender_web_id=6906418607397848577&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Baru perasan, memang serupa Coronavirus

Majoriti warganet berasa terhibur dengan gelagat suami wanita terbabit ekoran menggelar rambutan sebagai ‘buah corona’. Malah, mereka sempat juga memuji rupa paras kacak jejaka Turki berkenaan.

Orang Turki memang kacak!

Aduhai. Lucu sungguh telatah suami Turki itu. Lepas ini habislah tersebar di seluruh dunia gelaran ‘buah corona’ itu.

Sumber: TikTok @shofieerste

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending