Connect with us

WTF

Pertahan Hak Di Tindas, Netizen Bersuara Makcik2 ‘Cleaner’ Tak Wajar Digari!

Beberapa hari lalu, sekumpulan tukang cuci hospital telah melakukan tunjuk perasaan secara aman dengan berhimpun di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Tindakan yang dilakukan mereka ini adalah sebagai tanda protes terhadap majikan mereka iaitu Edgenta UEMS yang telah didakwa melanggar undang-undang serta menuntut hak yang sewajarnya sebagai tukang cuci.

Namun, menimbulkan rasa tidak senang kepada orang ramai apabila beberapa anggota Kesatuan Pekerja Nasional dalam Perkhidmatan Sokongan dan Sekutu Hospital (NUWHSAS) ini telah ditangkap oleh polis baru-baru.

Mereka ni frontliners jugak!

Secara ringkasnya, perhimpunan ini hanya untuk menuntut keadilan dan hak sebagai seorang pekerja serta menghentikan pemerasan terhadap kesatuan.

Mereka aktivis bukan penjenayah!

Malangnya, 5 pendemostrasi yang terlebih dalam perhimpunan tersebut telah ditangkap dan dilihat bergari.

Sekali gus, perbuatan ini telah mencetuskan rasa marah orang ramai diplatform media sosial kerena dikatakan mereka ini sewajarnya tidak dilayan sedemikian rupa.

Advertisement

“Bebaskan mereka! Mereka juga adalah manusia…”

“Tapi kenapa perlu gari mereka?”

“5 orang aktivis telah dilepaskan…”

Walhal, mereka ini hanya dikatakan menuntut keadilan seperti membayar gaji kerja lebih masa, membersihkan wad tanpa diberikan PPE yang betul sewaktu COVID-19 dan tidak boleh keluar makan sewaktu berehat.

Semoga terdapat keadilan yang bakal berpihak kepada mereka kelak.

Sumber: Twitter.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending