Connect with us

Inspirasi

Bebaskan Palestin! Ribuan Warga Isreal Bantah Rampas Tanah Tebing Barat

Penindasan rejim Zionis terhadapa penduduk Palestin semakin memuncak, ini berikutan pelan rejim Israel untuk mengilhakkan sebahagian wilayah Palestin di Tebing Barat.

Justeru, ribuan warga Israel berkumpul bagi membantah rancangan rejim Zionis untuk merampas dan mengambil tanah orang Palestin.

Bantah tindakan Benjamin Netanyahu

Para penunjuk perasaan yang terdiri daripada warga Israel, mengibarkan bendera Israel dan Palestin dan mengangkat sepanduk membantah langkah tindakan perdana menteri Benjamin Netanyahu dan ketua Parti Biru Putih, Benny Gantz.

Malah, dalam satu temu bual yang disampaikan agensi berita AFP, salah seorang penunjuk perasaan, Anat Schrieber meluahkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku diantaa bangsa Yahudi dan Palestin.

“Kami bersaudara, ini tempat tinggal bersama…”

Menurutnya, telah banyak “melakukan kerosakan kepada satu sama lain” , kerana itulah para penunjuk perasaan menyeru agar solidariti antara mereka ditingkatkan.

“Kita bersaudara ini tempat tinggal kita bersama, lebih banyak yang kita boleh lakukan jika bersama berbanding terpisah…”

Pelan yang membawa peperangan

Rata-rata penunjuk perasaan memperjuangakan keadilan buat rakyat Palestin, yang menjadi mangsa penindasan, dan menyifatkan rancangan mengambil wilayah bakal mencetuskan perang.

Rancangan itu yang dikenali “Perjanjian Abad Ini”, diumum Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 28 Januari. Menerusi rancangan itu, Israel dibolehkan merampas kawasan di Tebing Barat, antara lain untuk membina penempatan Yahudi.

Difahamkan, Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Mei lalu menghapuskan semua perjanjian dan kesepakatan dengan Israel dan AS, termasuk perjanjian keselamatan.

Sumber : AFP

Continue Reading
Advertisement

Trending