Connect with us

WOW

Persahabatan Hampir 10 Tahun, Wanita Ini Berkongsi Keindahan Berkawan Berlainan Bangsa

Meskipun negara kita sudah merdeka hampir 64 tahun, tapi isu perkauman masih lagi berleluasa di Malaysia. Terutama sekali di media sosial, isu ini yang selalu menjadi punca pergaduhan dek kerana ada sesetengah pihak yang langsung tidak hiraukan sensitiviti orang lain.

Dah tahun 2021, sepatutnya isu-isu macam ni tak patut timbul lagi. Tapi, lain pula cerita untuk dua wanita ini hubungan persahabatan mereka telah membuat ramai tersentuh. 

Baru-baru ini, Nazuha Ariffin, 31, yang berkawan rapat dengan seorang wanita berbangsa India, Neermala Krishnin, 45, telah berkongsi di aplikasi Tiktok tentang persahabatan antara mereka yang sudah hampir 10 tahun.

Sebelum ini, video yang dimuatnaik oleh Nazuha telah tular di aplikasi Tiktok dan dia berkata yang dia tidak menyangka yang video perkongsian itu mendapat perhatian warganet.

https://www.tiktok.com/@nuehaariffin/video/6951555801249074434

 

Salah satu video yang dirakamnya adalah video anaknya yang telah didukung oleh sahabatnya itu yang dikenali sebagai “Auntie Mala” oleh anak-anaknya.

Video tersebut telah meraih tontonan hampir 400,000 orang di Tiktok dan melalui video itu juga dapat dilihat yang anaknya itu kelihatan begitu selesa dengan Auntie Mala mereka.

Menurut Nazuha, yang dia berkenalan dengan Neermala ketika mereka berdua bekerja sebagai juruwang parkir di Megamall Pinang dan sejak itu mereka bersahabat baik dari Nazuha masih bujang sehingga sekarang dia sudah bergelar seorang ibu.

Selain itu, Nazuha juga berkata yang anak-anaknya memang sudah terbiasa dengan Neermala, kalau Nazuha jatuh sakit atau memerlukan bantuan untuk menjaga anak-anaknya, dia akan meminta bantuan sahabatnya itu.

Tambahnya lagi, Neermala telah menjaga anak-anaknya semenjak mereka berdua berusia dua tahun dan empat bulan lagi.

“Bab makanan anak-anak, Kak Mala akan masakkan untuk mereka kalau mereka dirumahnya. Kak Mala memang pembersih orangnya lagipun rumahnya tiada membela anjing jadi saya tak risau pun” kata Nazuha.

Bukan itu sahaja, menurut Nazuha setiap kali dia menghantar anak-anaknya ke rumah temannya, Neermala tidak pernah menyuruhnya untuk naik sampai keatas, Mala sendiri akan turun dan mengambil anak-anaknya di bawah.

Difahamkan, sebelum ini Neermala pernah berkahwin pada tahun 2012 tetapi perkahwinannya hanya bertahan selama 8 bulan sahaja apabila suaminya meninggal dunia akibat diabetes dan darah tinggi. Semenjak itu, Neermala tinggal berseorangan di rumahnya.

Oleh itu, Nazuha dan anak-anaknya sering menemani Neermala dan dari situ dapat dilihat yang Neermala mencurahkan kasih sayangnya terhadap anak-anak Nazuha.

https://www.tiktok.com/@nuehaariffin/video/6951777952543673602?_d=secCgYIASAHKAESMgowV4N9Acsq67iVm2Lx1rWd2MrU6%2FRBf67f8CCe259j2txSwP79kN8oNk5bh1zemo5OGgA%3D&language=en&mid=6910609450516712193&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAOBzdEicRcOmuMeSf7DwySawS4rBupSbhj0aAan0GRbgw-WCTqyqyKYdHZegSfpM0&share_app_id=1180&share_item_id=6951777952543673602&share_link_id=9BD22B66-0089-4492-8538-89C6919B7EBF&source=h5_t&timestamp=1618979385&tt_from=more&u_code=d8ka3a377e2fjd&user_id=6747266358768223234&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=more&_r=1

“Kadang-kadang seminggu sekali atau cuti kak Mala akan ambil anak saya untuk dijaga sebab rindu” jelas Nazuha

Melalui satu perkongsian videonya lagi, kelihatan yang anak-anak Nazuha, Nur Qisya Amanda,7, dan Muhamada Walif Mikhail,2, tidak pernah takut dengan Neermala malahan mereka kelihatan begitu manja dengannya.

Tambah Nazuha lagi yang Neermala juga suka membantu orang lain, meskipun datang dari latarbelakang yang berbeza dan  Neermala juga dikatakan selalu mengajar anak-anaknya nilai-nilai murni dan tidak pernah bertentang dengan agama.

“Dulu saya pernah mengidam nak makan buah mangga yang besar waktu mengandung Qisya, kak Mala yang gigih mencari untuk saya walaupun ketika itu duit dia tidak berapa banyak, kak Mala juga siap pesan dekat saya kalau mengidam apa-apa bagitahu je” tambah Nazuha.

Manakala diruangan komen video Tiktok Nazuha, ramai netizen yang memuji akan persahabatan yang terjalin diantara mereka berdua, sehingga ada yang mengatakan yang ini barulah SATU MALAYSIA. Tidak mengira bangsa, semuanya bersatu.

Baguslah nanti boleh cakap bahasa Tamil

Spread love and be kind to everyone

Semua agama dan bangsa ajar benda baik, cuma manusia yang selalu cari alasan untuk kepentingan sendiri

Semoga persahabatan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat dan marilah kita ramai-ramai jadikan ini sebagai sumber inspirasi untuk menghapuskan masalah isu perkauman di negara ini dan eratkan tali ikatan sesama kaum.

Sumber: Tiktok, Mstar

Seorang penulis yang kuat berangan dan habiskan sisa masa dengan binge-watching Netflix

Continue Reading
Advertisement

Trending