Connect with us

WTF

Perompak Alami ‘Food Coma’ Selepas Tergoda Dengan Coklat Berharga RM836

Food coma atau nama saintifiknya ialah somnolen postprandial merupakan satu keadaan yang menjadikan seseorang berasa mengantuk selepas makan makanan berat.

Food coma juga menjadikan seseorang itu berasa lesu dan keletihan selama beberapa jam selain turut menjadikannya seorang yang malas dan berat untuk melakukan aktiviti lain.

Tertidur selepas kenyang makan coklat mahal

Seorang lelaki berusia 44 tahun didakwa telah memecah masuk sebuah firma kewangan namun terkandas apabila dirinya tertidur selepas mengalami food coma.

Perompak terbabit telah menaiki lif untuk ke pejabat perkhidmatan kewangan dan terkejut apabila mendapati pintu pejabat itu terbuka.

Umpama bulan jatuh ke riba, dia segera memasuki pejabat itu tanpa menyedari bahawa terdapat seorang pekerja yang sedang menyorok.

Namun, aktiviti jahat itu terbantut apabila dia menjumpai coklat Gourmet yang bernilai RM836.99 di dalam pejabat terbabit.

Oleh kerana tidak dapat menahan keinginan untuk memakan coklat tersebut, dia akhirnya makan kesemua coklat itu sehingga tertidur.

Akhirnya, perompak itu telah ditangkap oleh pihak polis kerana memiliki niat jahat dan memecah masuk ke dalam syarikat tersebut.

Sumber: BusinessInsider

Continue Reading
Advertisement

Trending