Inspirasi
Pernah Viral Selamatkan Adik Diserang Anjing, Budak Terima 90 Jahitan Makin Pulih

Pada tanggal 9 Julai tahun lepas, seorang kanak-kanak lelaki bernama Bridger Walker parah digigit anjing selepas bertindak menyelamatkan adiknya dari diserang haiwan liar tersebut.
Budak lelaki berusia enam tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian mukanya setelah meletakkan dirinya antara anjing dan adiknya demi menghalang adiknya daripada diserang anjing berkenaan.
Walaupun berada dalam kesakitan, dia tidak mempedulikannya dan terus menarik tangan adiknya, berlari sejauh mungkin bagi menyelamatkan nyawa adik tersayang.
Selain itu, dia turut berkata dengan berani:
“Sekiranya seseorang akan mati, sepatutnya diri saya,” kata Bridger.
Selepas kejadian berkenaan, Bridger telah menerima sebanyak 90 jahitan di muka dan kepala. Aduh, kesiannya!
Kisah mereka berdua tular di media sosial apabila makcik kepada Bridger iaitu Nicole Walker, memuat naik beberapa keping gambar adik-beradik terbabit di Instagram miliknya dengan memberitahu kejadian sebenar kepada warganet.
Malah, posting makciknya itu berjaya meraih perhatian pelakon Hulk, Mark Ruffalo dimana dia memberi komen mengagumi keberanian kanak-kanak cilik berkenaan.
“Keberanian sebenar bukanlah menguasai orang atau berlawan dengan orang lain atau berjalan seperti seorang yang gagah. Keberanian sebenar adalah mengetahui apa yang perlu dilakukan dan melakukannya walaupun awak tahu ia boleh menyakitkan diri sendiri,” luah pelakon tersebut.
Dua orang pakar kulit yang mendengar kisah tersebut menawarkan diri untuk membantu memulihkan parut Bridger secara percuma. Malah, mereka turut memberi rawatan terbaik buat budak berhati waja itu.
Kini, kecederaannya semakin pulih dan dia sedang menjalani rawatan laser berteknologi tinggi bagi mengurangkan parut kesan gigitan di mukanya.
Sumber: Dailystar UK

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit