Connect with us

Inspirasi

Pernah Tular Sewaktu Jadi Pengemis, Kini Simpan Impian Bergelar ‘Miss Universe’

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Peribahasa tersebut sangat sesuai dengan seorang gadis Filipina yang dulunya seorang pengemis kini mengintai peluang untuk bertanding sebagai ‘miss universe’ bagi mewakili negaranya.

Gambar ketika mengemis pernah tular

Gadis yang dikenali sebagai Rita Gaviola pernah tular suatu ketika dahulu apabila gambarnya yang sedang mengemis sambil menjaga adik-adiknya dirakam oleh seorang jurugambar yang ketika itu kebetulan menghadiri Festival Pahiyas di bandar kelahirannya sekitar tahun 2016.

Advertisement

Gambar yang dirakam secara senyap-senyap itu telah dimuat naik ke internet dan telah¬† tular ke serata dunia. Disebabkan itu,¬† Rita telah digelar ‘Badjao Girls’ merujuk kepada etnik asalnya.

Kuasa viral ubah segalanya

Disebabkan wajahnya tular di media sosial, Rita telah mendapat perhatian ramai sehinggakan ratu cantik tempatan berpakat mahu membawa remaja tersebut keluar daripada kemiskinan.

Jadi, dia telah ditawarkan pekerjaan sebagai model dan akhirnya berjaya mencipta nama sebagai gadis termuda beraksi di pentas antarabangsa dalam rancangan televisyen ‘Big Brother’.

Simpan hasrat bergelar Miss Universe

Baru-baru ini, anak kepada pengutip sampah dan suri rumah tangga itu telah meluahkan hasrat mahu mewakili Filipina ke pertandingan ratu cantik iaitu Miss Universe di media sosialnya.

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by Rita Gaviola (@itsritagaviola)

Umum sedia tahu bahawa pertandingan berprestij itu akan menghimpunkan wakil-wakil dari seluruh negara yang mempunyai pakej lengkap dan bukan calang-calang.

Semoga impian murni Rita Gaviola tercapai dan pastinya menjadi inspirasi buat semua berikutan mampu mengubah nasib keluarga yang sebelum ini dihimpit kemiskinan.

Sumber: Instagram Rita Gaviola, FB CDN Digital

Advertisement

 

Continue Reading
Advertisement

Trending