Connect with us

Infozon

Pernah Tular Dihempap Peti Sejuk, Tahap Kesihatan Fawwaz Makin Positif!

Sekitar bulan Julai tahun 2019, negara telah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun mengalami kecederaan parah setelah dia dipercayai dihempap peti sejuk di rumahnya di Taman Cempak, Nilai.

Kejadian menyebabkan mangsa, Muhammad Fawwaz Adli Bin Mohd Bukhari telah cedera pada bahagian kepala. Peristiwa hitam ini telah menyebabkan kehidupan Fawwaz berubah 360 darjah.

Pada bulan November 2019, doktor telah mengesahkan bahawa Fawwaz mengalami pendarahan di kepala dan masalah kekejangan saraf. Dari seorang kanak-kanak yang ceria, dia hanya mampu terlantar di atas katil sepanjang masa.

Semalam, menerusi akaun Facebook milik bapanya, Mohd Bukhari Zainal Anuar telah memberitahu orang ramai tentang mengenai perkembangan positif terbaru anaknya itu.

Menurut Mohd Bukhari, anaknya itu kini sudah boleh menggerakkan anggota tangan serta kaki dan kini sudah semakin aktif.

Perubahan ketara dapat dilihat pada gambar terbaru Fawwaz di mana, kanak-kanak itu dilihat semakin sihat berbanding dengan kondisinya pada tahun lepas.

Perkongsian bapanya itu telah meraih perhatian netizen yang mengikuti perkembangan anaknya itu. Ramai yang membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan syukur serta mendoakan agar anak kecil itu dapat membesar dengan sihat seperti sedia kala.

Sumber: Facebook, PAMA.

Continue Reading
Advertisement

Trending