Connect with us

Inspirasi

Pernah Berputus Asa, Budak Bebas Kanser Lepas 2 Tahun Buat Rawatan

Barah atau lebih dikenali sebagai kanser merupakan penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan.

Penyakit tersebut ‘menyerang’ individu tidak kira usia dan jantina sehingga boleh membawa maut namun boleh dielakkan sekiranya mangsa mengambil rawatan pencegahan lebih awal.

Oscar berusia empat tahun ketika dia disahkan menghidap kanser T-cell acute lymphoblastic leukaemia dan menerima rawatan di rumahnya London tetapi kembali jatuh sakit.

Keadaanya bertambah teruk sejak Ogos 2019 malah tidak mempunyai pilihan lain dan telah kesuntukan masa. Setelah ibu bapanya berbincang dengan pakar dari Singapura, mereka mengambil keputusan untuk membuat rawatan di situ.

Mereka bernasib baik kerana wang simpanan sudah mencukupi untuk membuat rawatan CAR-T cell immunotheraphy di National University Hospital (NUH).

Sebelum membuat rawatan mereka telah bersedia menghadapi sebarang risiko apabila diberitahu bahawa penyakit anaknya semakin berbahaya.

Namun keajaiban berlaku pada 15 Januari lalu apabila Oscar telah disahkan bebas kanser. Ini adalah perkara yang mengharukan bagi budak tersebut dan keluarganya setelah berjuang melawan kanser sejak Disember 2018.

Keluarganya pernah berputus asa namun ia adalah satu keajaiban apabila Oscar telah bebas dari penyakit tersebut dan ibunya mengumumkan berita gembira itu di laman Facebook.

Keluarganya nekad memastikan Oscar pulih sepenuhnya dan perlu menjalani pemindahan sumsum tulang bapanya serta masih tinggal di Singapura sehingga dia betul-betul pulih sepenuhnya.

Ibu bapanya juga turut meminta bantuan orang ramai untuk menderma darah kerana hospital yang dirawat mengalami kekurangan darah.

“Oscar berdarah O+ tetapi menderma juga boleh menyelamatkan nyawa orang lain! Darah boleh diderma daripada sesiapa sahaja jadi saya meminta pertolongan anda semua,” kata mereka.

Sumber : MSNEWS 

Continue Reading
Advertisement

Trending