Connect with us

Infozon

Perjanjian Sewa Rumah atau Bilik Untuk Kediaman

PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN

PERJANJIAN ini dibuat pada _____________ antara __________________________
(selepas ini disebut sebagai “Tuan Rumah”) sebagai satu pihak; dan __________________________, ________________________________________No. Kad Pengenalan : ______________________ (selepas ini disebut sebagai “Penyewa” yang mana sebutan di dalam isi kandungan yang dimaksudkan meliputi hak pentadbiran harta penyewa, waris dan orang yang mempunyai hak mentadbir harta pusaka Penyewa) sebagai pihak satu lagi.

BAHAWASANYA:-

A. Tuan Rumah adalah syarikat pengurusan hartanah yang dilantik oleh tuan punya rumah yang sah bagi rumah di alamat di bawah dan Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan penyewa bersetuju menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh ruang Rumah di alamat & parking yang didaftarkan ke atas unit rumah ini; selepas itu disebut sebagai “Rumah tersebut”) serta menggunakan segala kemudahan yang disediakan di dalam rumah tersebut (Lampiran AA).

B. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia ______________________________ ( _______________ ) sahaja sebulan hendaklah dibayar pada tarikh ( _____ ) tiap-tiap bulan.

C. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani Perjanjian ini iaitu bayaran sewa bulan pertama dan sebanyak Ringgit Malaysia______________________________
( _______________ ) sahaja sebagai bayaran______________________________
( _______________ ) bulan cagaran/deposit serta sebanyak Ringgit Malaysia ______________________________ (_______________ ) sahaja bagi bayaran cagaran/deposit air dan api sebagai wang pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini dan tertakluk pada ( Lampiran A ).

D. Penyewa ialah penama berdaftar dalam Lampiran B (Maklumat Penghuni Rumah).

MAKA PENYEWA DI SINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT :

1. Membayar sewa pendahuluan pada tarikh seperti mana ditetapkan.

2. Bertanggungjawab membayar bil – bil air dan elektrik yang dikenakan pada rumah tersebut sekiranya melebihi RM 100.00 setiap bulan.

3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2).

4. Jika tertinggal kunci di dalam bilik atau kehilangan kunci, untuk tuan rumah datang membuka kunci bilik atau rumah denda RM 50 dikenakan.
5. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua bentuk sekali pun.

6. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini.

7. Tidak membenarkan dan /atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam Rumah tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.

8. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan Rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah tersebut.

9. Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam Rumah apa jua jenis senjata, bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.

10. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.

11. Menjaga dan memastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini sentiasa berada di dalam keadaan baik dan boleh diduduki (kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).

12. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan ‘wallpluck’.

13. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua semua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang.

14. Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan Rumah berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insurans yang melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah.

15. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.

16. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara aman dan bertanggungjawab.

17. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikkan kepada rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.

18. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang berjumlah RM 200.00 dan ke bawah yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa. Kerosakan-kerosakan biasa yang berjumlah RM 200.00 dan ke bawah adalah seperti :
a. kerosakan pam mangkuk tandas,
b. kerosakan starter lampu,
c. kerosakan mentol lampu
d. kerosakan kipas,
e. kerosakan tombol pintu
f. kerosakan pili air.
g. kerosakan katil.
h. kerosakan almari.
i. kerosakan perabot

19. Penyewa bersetuju untuk menyewa Rumah tersebut dalam keadaan baik dan bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali Rumah tersebut dalam keadaan sama atau lebih baik kepada Tuan Rumah dan menanggung bayaran membersih jika Tuan Rumah mengupah orang untuk membersihkannya apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam dalam perjanjian.

TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH :

1. Akan membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah, Bil penyelenggaraan, Astro dan Internet yang dikenakan ke atas Rumah tersebut.

2. Bertanggungjawab membayar bil – bil air dan elektrik yang dikenakan pada rumah tersebut maksimum sehingga RM 100 sahaja.

3 Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah tersebut yang mana ia bukan disebabkan oleh kelalaian dan juga memperbaiki apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh “Fair Wear dan Tear” dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas rumah tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.

4. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh tuan rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.

5. Mempastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.

PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA :

1. Tuan Rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada penyewa selepas penyewa membayar
wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.

2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah menjadi tanggunjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera.

3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar sehingga melepasi tempoh dua (2) minggu selepas tarikh bayaran sewaan, maka Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini dan tidak mengembalikan baki deposit sekuriti (sekiranya ada).

4. Sekiranya penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila tempoh sepertimana terkandung dalam perjanjian ini tamat maka penyewa mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang dua (2) bulan sebelum tamat tempoh penyewaan tersebut.

5. Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan.

6. Sekiranya penyewa ingin menamatkan perjanjian sewa ini sebelum tempohnya berakhir, Penyewa akan kehilangan deposit sekuriti. Deposit sekuriti tidak akan dipulang walau apa – apapun yang terjadi termasuklah:

a. Dipidahkan tempat berkhidmat atau tempat bekerja.
b. Ditamatkan perkhidmatan / pengajian atau dibuang kerja / kolej / universiti.
c. Berlaku kematian ahli keluarga
d. Kesakitan ahli keluarga dan perlu pulang ke pangkuan keluarga.

Deposit utiliti akan digunakan untuk pembayaran tunggakan bil-bil dan bakinya akan dikembalikan kepada Penyewa

7. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1) notis bertulis kepada penyewa.

8. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai Penyewaan Rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan melalui timbangtara.

9. Sebarang kecurian ke atas barang-barang milik peribadi Penyewa adalah atas tanggungan Penyewa sendiri. Tuan Rumah tidak akan bertanggung jawab sama sekali ke atas kehilangan / kecurian yang berlaku.

PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang tersebut di atas.

Screen Shot 2016-07-21 at 10.19.14 AM.pngScreen Shot 2016-07-21 at 10.18.43 AM.pngScreen Shot 2016-07-21 at 10.18.36 AM.pngScreen Shot 2016-07-21 at 10.18.30 AM.png

*Salinan Kad Pengenalan penyewa hendaklah dilampirkan bersama

Sumber : Bilik Sewa Malaysia

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending