Connect with us

Infozon

Perisik Korea Utara Gunakan VX Nerve Gas Untuk Membunuh di KLIA

Akhirnya PDRM melalui KPN telah mengeluarkan kenyataan semalam berdasarkan laporan dari Jabatan Kimia.

VX Nerve gas disahkan sebagai cecair yang di gunakan oleh 2 wanita upahan korea utara dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam di Klia 2 pada 13 februari yang lepas

VX nerve gas diklasifikasikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvesyen Senjata Kimia 2005 dan Konvesyen Senjata Kimia (CWC) 1997

Apa itu VX Nerve Gas?

Gas ini mula dibangunkan di UK pada 1950 sebagai Deadly Chemical Warfare Agent. Gas tersebut dibentuk dalam keadaan cecair (oily liquid) dan tidak berwarna, tidak berbau dan tidak mempunyai rasa (tasteless) VX juga dikategori berbahaya seperti Gas Sarin

Senjata VX Nerve Gas mula digunakan secara besar besaran semasa perang Iran Iraq 1980-1988

Bagaimana VX agent ni berkerja? seperti kes Kim Jong Nam, pembunuh meletakkan cecair VX di dalam plastik dan menyerang kepada mangsa. Seperti kebiasaannya, mangsa yang terdedah akan mula menunjuk gejala dalam tempoh singkat dan paling lama 18 jam

Kesan VX nerve gas akan meningkat denyutan jantung, penglihatan kabur, nausea, diarrhea, drooling dan akhirnya mati

VX Nerve Gas mempunyai antidot tetapi melihat kepada kejadian yang terjadi amat sukar bagi perkhidmatan kesihatan awam mempunyai antidot tersebut. – Malaysia Military Power

Apakah boleh seseorang terselamat daripada serangan senjata kimia VX?

Menurut Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir yang bertugas di Jabatan Kecemasan di Hospital Melaka, setakat ini hanya seorang saja yang diketahui selamat dari serangan VX ketika ini di dunia.

Namanya adalah Nicholas Cage. Ia dilakukan di dalam filem Hollywood, The Rock.

Adakah penggunaan senjata kimia ini termaktub di bawah undang-undang di Malaysia?

1. Analisa kimia oleh Jabatan Kimia Malaysia, menemukan bahan kimia VX yang merupakan salah satu Bahan Kimia Toksik dalam Jadual Pertama Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005.

2. Malaysia sudah menandatangani Konvensyen Senjata Kimia pada tahun 1993 dan membuat ratifikasi pada tahun 2000.

3. Konvensyen Senjata Kimia ini dikawalselia oleh Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) yang beribupejabat di The Hague, Belanda.

4. OPCW sebagai suatu organisasi pernah menerima Hadiah Nobel untuk Kemananan pada 2013. Ada beberapa orang rakyat M’sia yang bertugas di OPCW pada waktu itu.

5. Berbalik kepada VX sebagai suatu contoh Bahan Kimia Toksik dalam Jadual Pertama Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005, mengikut Sek. 21, penghasilan, pemilikan, penyimpanan, pemindahan dan penggunaan VX ini adalah dilarang sama sekali, melainkan tujuan-tujuan yang dibenarkan di bawah Akta.

6. Jika didapati melanggar peruntukan tersebut dan disabitkan kesalahan, bolehlah dikenakan denda sehingga RM150,000 atau denda tidak melebihi tujuh (7) tahun atau kedua-duanya sekali. – Pseudoscience Watch

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending