Infozon
“Periksa ubat gigi di rumah dan pastikan tiada toksik!”

Setiap hari kita akan melakukan perkara yang sama iaitu menggosok gigi. Ubat gigi memainkan peranan penting untuk menjaga kebersihan gigi kita.
Tetapi, tahukah anda apakah maksud sebenar disebalik warna pada bahagian belakang bungkusan ubat gigi?
Mitos mengatakan bahawa terdapat perbezaan warna pada bahagian belakang produk ubat gigi. Pendapat itu bertentangan dengan Dr. Ib Shah, seorang doktor gigi yang telah memberi penjelasan menerusi laman Twitternya maksud sebenar warna pada setiap produk.
Warna bukanlah ‘pengukur’ bagi setiap kandungan yang terdapat pada ubat gigi.
Menurutnya, warna dihujung setiap pembungkusan itu membawa maksud eye mark iaitu sebagai tanda lipatan dan heat stamp yang digunakan oleh sebuah mesin bagi memastikan kualiti ubat gigi dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.
Bukan sahaja pembungkusan ubat gigi, malah ia juga turut terdapat dalam pembungkusan pencuci muka.
Rata-rata netizen melontarkan soalan mengenai warna yang berbeza pada setiap pembungkusan kepada doktor gigi ini dan ini jawapannya.
“Hal ini kerana sebuah mesin mengeluarkan warna yang berbeza dari segi saiz dan bentuk sesuatu produk. Warna tidak menentukan kandungan yang terdapat dalam ubat gigi seperti yang telah tular dimedia satu ketika dulu”.
Kini, anda tidak perlu risau lagi untuk menggunakan ubat gigi kerana maksud warna sebenar yang terdapat pada bahagian belakang ubat gigi telah terbongkar seperti yang dinyatakan oleh Doktor Ib Shah.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit