Connect with us

Infozon

“Periksa Tangkai Uri Untuk Ketahui Jumlah Bilangan Mengandung? Jangan Nak Mengarut”

Viral satu artikel yang menceritakan cara-cara untuk mengetahui bilangan anak yang boleh dilahirkan dengan hanya melihat uri sahaja.

Dalam artikel tersebut ada menyatakan dgn melihat tangkai uri ataupun tali pusat dan membilang biji2 yang berada di atasnya dapat menentukan berapa kali kita boleh mengandung. Bukan itu sahaja bilangan biji tersebut akan berkurangan setiap kali mengandung.

Disini kami ingin menerangkan beberapa perkara:

1.  Biji yang dilihat pada tangkai uri ataupun tali pusat bukanlah biji yang luar biasa. Ia merupakan saluran darah jenis vena

Tali pusat bayi mempunyai 3 salur darah iaitu:

  • 2 saluran darah arteri yang membawa darah drpd bayi ke uri(placenta). Salur darah arteri selalunya mempunyai kecil(diameter kecil) dan mempunyai dinding saluran darah yg tebal.
  • 1 saluran darah vena yg membawa darah daripada uri balik kepada bayi. Salur darah vena mempunyai diameter yang besar dan mempunyai dinding yang nipis. Oleh itu, darah yg berada di dalam saluran vena boleh nampak pada tali pusat disebabkan dindingnya yg nipis. Inilah yg membentuk biji yang seolah2 seperti berudu

Dan bilangannya tidaklah bergantung pada berapa banyak anak yang akan dilahirkan. Tetapi ia bergantung kepada panjang tali pusat tersebut.

2. Telur ataupun istilah yg lebih tepat iaitu oocyte telah pun dihasilkan sebelum seseorang bayi perempuan itu lahir lagi.

Setelah ia lahir, lebih kurang 300 ribu oocyte berada di dalam ovari seseorang perempuan. Jumlah oocyte yg banyak ini bukanlah menunjukkan berapa banyak kali dia boleh mengandung.

Ini kerana setiap kali kitaran haid, 3 – 4 oocyte akan diaktifkan untuk bertukar menjadi oocyte sekunder yg akan bersenyawa dgn sperma. Drpd 4 oocyte yg diaktifkan itu, hanya satu sahaja yg akan berjaya menjadi oocyte sekunder. Kebarangkalian adalah rendah untuk menghasilkan lebih drpd 2 oocyte sekunder pada satu kitaran haid.

3. Kebolehan sesorang itu mengandung bergantung kepada banyak faktor. Sebagai contoh:

  • Kedudukan ataupun posisi rahim.
  • Keadaan tiub Fallopio
  • kehadiran penyakit gynaecology yg lain seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya
  • Sejarah mempunyai kandungan di luar rahim

Lelaki jugak mempunyai pelbagai faktor yg menyebabkan perempuan tidak boleh mengandung. Sebagai contoh:

  • Mati pucuk. Boleh disebabkan pelbagai perkara seperti merokok, kencing manis, darah tinggi, sesetengah ubat darah tinggi dan pelbagai lagi
  • Ejakulasi pra-matang yg menyebabkan sperma tidak masuk ke dlm cervix
  • Kualiti sperma yg rendah disebabkan merokok

Kesimpulan di sini, saya ingin membuatkan semua pembaca faham yang kebolehan seseorang itu mengandung tidak terletak pada tali pusat anaknya.

Tetapi ia bergantung kepada pelbagai faktor yg mempengaruhi perkara tersebut.

Sekian.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending