Connect with us

Infozon

Perhatikan Ciri-Ciri Penipuan Seperti Ini Semasa Membayar Guna Kad Kredit/Debit

Kes pemalsuan kad kredit atau debit bukanlah merupakan suatu perkara yang baru. Malah di Malaysia, terdapat beberapa kes seperti ini yang dilaporan pernah terjadi sebelum ini.

Ianya menjadi sebuah mimpi yang ngeri sekiranya wang simpanan anda yang disimpan di dalam akaun bank anda dilaporkan hilang akibat menjadi mangsa kepada skim penipuan seperti ini.

Memandangkan betapa seriusnya kerugian yang boleh terjadi akibat perbuatan jenayah ini, sebuah syarikat pengeluar terminal kad kredit, Ingenico baru-baru ini telah berkongsi tips bagi mengenalpasti terminal kad kredit yang asli ataupun mesin decoy yang digunakan untuk menyalin segala maklumat di dalam kad anda.

Mesin decoy biasanya lebih besar

Kebiasaannya, ciri-ciri mesin decoy ini mempunyai saiz yang lebih lebar dan panjang. Selain itu, kad kredit/debit boleh dimasukkan lebih dalam berbanding dengan terminal yang asli.

Butang tidak bercahaya

Di antara perbezaan yang ketara adalah pada butangnya yang tidak bercahaya seperti terminal yang asli.

Sering mendapat mesej ‘error’ dari terminal

Terminal decoy akan sering memberikan mesej error berulang-ulang kali. Tujuannya adalah untuk melengah-lengahkan masa supaya mesin ini dapat menyalin kesemua maklumat penting dari kad kredit/debit mangsa.

Lampu LED terhalang

Lampu LED pada terminal decoy juga tidak menyala seperti terminal yang asli.

Langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa

1. Tanda tangan di belakang kad kredit anda setelah menerimanya.

2. Hafal nombor PIN, dan pastikan ia tak dapat diaskes oleh orang lain.

3. Simpan kad kredit anda dengan selamat dalam dompet anda, di tempat yang anda akan cepat perasan kalau ia hilang.

4. Simpan nombor telefon pengeluar kad kredit anda (iaitu bank anda) dalam buku alamat supaya anda boleh hubungi mereka segera sekiranya anda dirompak (selisih malaikat 44!) atau sekiranya kad kredit anda hilang.

5. Hubungi bank sebaik sahaja anda syak ada sesuatu yang tak kena. Jadi paranoid tak mengapa.

6. Beritahu bank sebaik sahaja anda bertukar alamat.

7. Pastikan anda kerat dua atau lebih kad kredit yang telah tamat tempoh.

8. Dalam hal di mana arahan tertentu telah dibuat (contohnya debit terus), pastikan anda menyimpan salinan semua komunikasi /rekod untuk rujukan di kemudian hari.

9. Koyak semua slip sebelum anda membuangnya. Atau bakar saja.

10. Berhati-hati setiap kali anda guna kad kredit dan cuba pastikan ia tak hilang dari pandangan anda. Dapatkan ia kembali ke tangan anda secepat mungkin.

11. Pencuri dapat menangkap gambar kad kredit anda dalam sekelip mata, jadi jangan biarkan kad anda terdedah lebih lama dari patut.

12. Semak perincian atas slip transaksi sebelum anda menanda tanganinya.

13. Sentiasa semak jumlah sebelum menanda tangani resit kad kredit. Jangan sekali-kali tanda tangan resit kosong.

14. Disarankan anda guna kad kredit yang sama untuk semua transaksi atas talian.

15. Semasa buat transaksi atas talian, pastikan anda baca polisi kerahsiaan syarikat berkenaan untuk pastikan maklumat yang anda beri akan dirahsiakan.

16. Semak email anda selepas buat pembelian atas talian sebab peniaga atas talian biasanya akan hantar email pengesahan atau komunikasi berkenaan dengan pesanan anda.

17. Simpan semua slip transaksi anda serta juga pengesahan transaksi internet supaya anda dapat padankannya dengan penyata bulanan yang anda terima.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending