WTF
Pergi Salon Untuk Panjangkan Bulu Mata, Tapi Bila Balik Salon Bulu Mata Dah Tiada

Ramai wanita mempunyai keinginan untuk kelihatan cantik. Namun, nasib malang telah menimpa wanita ini apabila ingin mendapatkan bulu mata yang cantik tetapi kehilangan semua bulu matanya.
Wanita Thailand, Benyapa Supap pergi ke sebuah salon untuk rawatan menyambung bulu mata namun kehilangan semua bulu matanya setelah pekerja kedai menggunakan gam yang terlalu kuat sehingga menyebabkan wanita matanya tidak boleh dibuka.
Namun ketika proses penyambungan itu dilakukan, pekerja tersebut menggunakan gam cepat kering dan bukannya gam kosmetik profesional.
Dalam beberapa minit, kelopak mata wanita berusia 35 tahun itu mula membengkak malah ketika dia mengelipkan mata, bulu mata itu melekat dan membuatkan dia sukar untuk membuka mata.
“Saya baru sahaja berpindah ke kawasan itu dan tidak tahu kedai yang bagus untuk saya kunjungi. Pada mulanya, kedai tersebut mengatakan harga hanya 1500 bath.
“Selepas saya berasa sakit dan tidak boleh membuka mata, lalu saya memberitahu mereka dan mereka menyuruh saya bayar hanya 1,000 bath,” katanya.
Benyapa bernasib baik apabila dapat mencari pekerja kecantikan yang lain dan menghabiskan masa selama satu jam untuk membuang bulu mata dan membersihkan kelopak matanya.
“Saya kasihan melihat Benyapa. Pasto menyakitkan ketika melakukan penyambungan itu. Membuang gam tersebut bukan satu perkara yang mudah.
“Ia sangat kuat. Gam itu telah masuk ke dalam kelopak mata dan soket mata yang menyebabkan bengkak dan sakit,” ujar Fara Foosaeng, pekerja kecantikan.
Sumber: Oditty Central

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit