Connect with us

WTF

Kejam! Sekumpulan Perempuan Pijak & Henyak Anak Kucing Jadi Leper Sampai Mati

Kadang-kadang sifat manusia lebih kejam daripada binatang, buktinya terdapat banyak kes penganiayaan terhadap haiwan sehingga menyebabkan kematian yang sadis.

Terbaru tular di Facebook memaparkan video seekor anak kucing didera dengan kejam oleh beberapa orang perempuan, telah mengundang amarah netizen.

Kecam! Pijak anak kucing

Dapat diperhatikan menerusi video itu, didengari anak kucing berkenaan meronta-ronta kesakitan namun, badannya tetap dipijak dan dihenyak tanpa belas ihsan sehingga haiwan itu tidak mampu lagi untuk berjalan.

Perangai bangkai!

Sakit hati dan geram, itulah antara komen para netizen setelah menonton video penderaan anak kucing yang malang itu, mereka menyifatkan si pelaku tidak mempunyai hati dan perasaan.

Tidak sampai hati nak tengok sampai habis video itu, kasihan anak kucing diseksa dengan begitu sadis oleh manusia-manusia tidak berhati perut.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending