Connect with us

Inspirasi

Percaya Tuhan Hanya Satu! Petinju Jerman Peluk Islam, Temui Iman Dalam Diri

Bintang seni bela diri campuran (MMA) dari Jerman, Wilhelm Ott berkongsi sebuah video di laman Instagram semalam yang kelihatan dirinya sedang mengucap dua kalimah syahadah.

Menerusi kapsyen, petinju berusia 37 tahun itu mengatakan krisis Covid-19 memberi ruang untuk berehat dan mencari keimanan terhadap agama dan mengakui Islam ada dalam kehidupannya sejak beberapa tahun lalu.

“Namun ada kalanya saya tidak dapat berbuat apa-apa dan membiarkan diri terpengaruh secara politik. Tapi ketika saya berhadapan dengan waktu yang sukar, Islam memberi saya kekuatan yang diperlukan.
“Kini iman saya cukup kuat sehingga dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar dan mengucap syahadah sekaligus membolehkan saya untuk berkata dengan bangga, ya saya seorang Muslim,” tulisnya.

Menerusi posting lain, petinju yang mendapat gelaran ‘The Amazing’ itu menerima sejadah dan al-Quran daripada rakannya dan berterima kasih atas sokongan serta kekuatan diberikan orang ramai.

“Anda semua luar biasa. Terima kasih tidak terhingga kepada semua. Anda memberikan saya kekuatan dan menguatkan kepercayaan saya pada Allah SWT,” katanya.

Sumber : Wilhelm Ott

Continue Reading
Advertisement

Trending