Connect with us

WTF

Percaya Boleh Sembuhkan Sakit Perut, Warga Emas Makan ‘Batu’ Selama 32 Tahun!

Dalam dunia ini memang dipenuhi dengan kisah-kisah menarik dan pelik hingga menjangkau di luar kotak akal fikiran. Begitulah seperti kisah seorang warga emas yang berasal dari negara India ini.

Sejak 32 tahun lalu, Ramdas Bodke, telah menjadikan batu sebagai makanan hariannya. Kedengaran pelik, kan? Tetapi dia masih boleh menjalani kehidupan harian yang sama seperti orang lain.

Alami sakit perut kronik

Memetik laporan India.com, lelaki berusia 78 tahun itu menelan sebanyak 250 gram batu setiap hari! Kisahnya bermula pada 32 tahun dahulu di mana dia diserang sakit perut kronik.

Meskipun telah menjalani rawatan dalam tempoh masa yang lama, tidak ada satu ubat yang berkesan menyembuhkan penyakitnya.

Dinasihatkan makan batu, sembuhkan sakit perut

Akibat sudah tidak mampu menanggung kesakitan berterusan, Ramdas membuat keputusan untuk mendengar nasihat daripada salah seorang penduduk kampung yang mengesyorkannya untuk makan batu bagi menghilangkan sakit perut dialaminya.

Namun ajaibnya, selepas dia makan batu, sakit perut yang dihidapi Ramdas beransur pulih dan sembuh! Sejak itulah dia terus melakukannya setiap hari.

Ketagih makan batu

Sehingga hari ini, perkara tersebut seakan telah menjadi satu rutin utama buat dirinya walaupun ahli keluarga menghalang tindakannya ekoran bimbang ia menjejaskan kesihatannya.

Akibat terlalu ketagih memakan batu, Ramdas memutuskan untuk menjamahnya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga.

Dalam pada itu, segelintir doktor berpendapat bahawa tingkahlaku luarbiasa Ramdas itu mungkin berkaitan dengan penyakit mental.

Tonton video penuh:

Sumber: India.com (Rajashree Seal)

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending