Infozon
Perbezaan CCRIS dan CTOS yang Pihak Bank Tak Pernah Bagitahu

Apa yang anda faham tentang CCRIS dan CTOS? Dan apakah perbezaan kedua-dua ini? Jangan risau, kami terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ini. Teruskan membaca untuk mengetahui mengapa kedua-duanya penting untuk rakyat Malaysia.
CCRIS atau Central Credit Reference Information System menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Secara ringkas, CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans, dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi. Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis seperti loan rumah, ptptn, loan kereta dan simpanan ASB.
Jadi dekat CCRIS ini, boleh tengok tentang rekod kita sama ada bersih dari sebarang status muflis atau tidak. Bersih sekiranya tertera 0 dan tidak bersih pula tertera selain 0.
Jika anda sentiasa konsisten membayar setiap bulan, pasti tiada masalah dari segi status.
Terdapat tiga cara untuk menyemak status CCRIS INI iaitu seperti berikut:
Bagaimana pula dengan CTOS? CTOS atau Credit Tip Off Service merupakan sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit dan juga digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon.
Biasanya, institut kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan kredit pemohon.
Antara sumber:
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Jabatan Insolvensi Malaysia
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Terdapat 5 seksyen dalam CTOS:
Boleh rujuk di dalam thread ini bagaimana anda boleh menyemak CTOS anda.
Semoga selepas ini anda akan lebih faham mengenai perbezaan di antara kedua-dua CCRIS dan CTOS ini.
Sumber : Halalmoney

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit