Connect with us

Infozon

Perarakan Besar-Besaran Di Seluruh AS Bantah Keganasan Anti-Asia

Dari New York hingga ke San Francisco, penduduk pelbagai warna kulit dan peringkat umur berhimpun di jalan-jalan di seluruh Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, sebagai membantah peningkatan keganasan terhadap komuniti Asia Amerika, lapor Xinhua.

Tunjuk perasaan “National Day of Action” itu diadakan di puluhan bandar utama AS termasuk New York, Washington, San Francisco, Atlanta, Boston, Detroit, Honolulu, Philadelphia, Portland, Seattle dan Salt Lake City, melambangkan solidariti terhadap masyarakat Asia.

Di Chicago, lebih 1,000 penduduk pelbagai kaum berkumpul di Chinatown Square membantah peningkatan jenayah yang mensasarkan golongan berketurunan Asia ketika pandemik COVID-19 ini serta tragedi tembakan yang mengakibatkan lapan kematian di wilayah Atlanta, enam daripadanya terdiri wanita Asia.

Penunjuk perasaan berarak ke Chinatown Square pada tengah hari sambil memegang sepanduk bertulis “Toleransi sifar terhadap perkauman,” “Henti Benci Asia,” “Saya berdiri bersama orang Asia,” “Kami bukan virus, diskriminasi adalah virus”.

Pegawai tempatan dan ketua polis daerah, termasuk Presiden Lembaga Pesuruhjaya Daerah Cook, Toni Preckwinkle dan pesuruhjaya negeri Illinois, Theresa Mah, turut menyertai mereka. “Kami harap suara kami didengari … Kami tidak boleh lagi berdiam diri,” kata Pengarah Eksekutif Gabungan Komuniti Amerika Cina Chicago, Grace Chan.

Advertisement

Di Koreatown, di pusat bandar Los Angeles, bunyi gendang dan nyanyian bergema di jalan-jalan ketika ratusan penunjuk perasaan berarak dan mengangkat papan tanda bertulis “Henti Benci Orang Asia” dan “Cukuplah.”

Pada perhimpunan itu, pemimpin masyarakat, ahli politik tempatan dan aktivis berkongsi pengalaman peribadi mereka menjadi mangsa buli dan kambing hitam, didiskriminasi serta diperlakukan seperti orang luar atau dilayan berbeza daripada rakyat Amerika, menurut laporan Los Angeles Times.

Banyak pihak bersuara menentang peningkatan jenayah kebencian yang mencetuskan kebimbangan masyarakat Asia Amerika dan Kepulauan Pasik (AAPI) ketika pandemik dan menuntut kerajaan bertindak menghentikan sengketa perkauman.

Menurut Stop AAPI Hate, sebuah organisasi sosial yang berpusat di California pihaknya menerima hampir 3,800 laporan serangan atau penganiayaan terhadap masyarakat berketurunan Asia antara Mac 2020 dan Februari 2021.

Sumber: Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending