Connect with us

WOW

Penyanyi Indonesia, Tegar Septian Pilih Jadi Suami Di Usia 19 Tahun

Siapa masih ingat dengan penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar Septian, yang popular dengan lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’, dimaklum sudah berkahwin.

Dalam usia yang masih lagi muda, iaitu 19 tahun tegar memilih untuk menamatkan zaman bujangnya bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Sarah Sheilka.

Doakan tegar yaa…

Berita bahagia itu dimaklumkan sendiri oleh Tegar,menerusi laman IG miliknya, meminta agar semua orang mendoakan yang terbaik buatnya dan isteri.

View this post on Instagram

Minta do’a nya buat semua semoga tegar menjadi keluarga yang SAMAWA aminn @sarahsheilka

A post shared by T E G Δ R S E P T I Δ N ® (@tegar_official) on

Mendapat perkhabaran gembira, di ruangan rakan-rakan artis dan para peminatnya mengucapkan tahniah di atas pernikahannya bersama gadis pilihan hati.

Tegar yang kisahnya pernah menjadi perhatian umum kerana memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan walaupun baru berusia 11 tahun dan berjaya mengubah kehidupannya.

Setakat ini masih belum ada sidang media yang dibuat pihak Tegar, bagaiman pun ucapan tahniah diucapkan semoga perkahwinan yang dibina bahagia selalu.

Sumber : Tegar Septian

Continue Reading
Advertisement

Trending