Connect with us

WTF

Penuhi Permintaan Bakal Isteri, Lelaki Melamar Dengan Dua Keping Bitcoin Yang Bernilai RM451,000

Pernah tak anda terfikir untuk berkahwin secara cashless ataupun membuat pembayaran menggunakan bitcoin?

Tidak dinafikan dizaman yang serba canggih dan semuanya dihujung jari, semua perkara yang tak pernah terfikir dek akal pun boleh terjadi.

Tambahan pula, nilai matawang kripto seperti bitcoin kian meningkat dan penggunaan bitcoin kini telah mendapat perhatian para pelabur di seluruh dunia.

Baru-baru ini viral di Indonesia tentang kisah pasangan ini yang telah mencuri tumpuan apabila Raja Muhammad Hasbi,47, melamar isterinya, Bau Tenri Abeng, 31 menggunakan dua unit bitcoin. Dikatakan dua unit bitcoin itu bernilai 1.6 billion rupiah bersamaan kira-kira RM451,000.

Tetapi, dikatakan yang sebenarnya perkara itu terjadi diatas permintaan Bau Tenri Abeng kepada suaminya kerana harga mata wang digital itu dilihat semakin meningkat kebelakangan ini.

Difahamkan yang majlis perkahwinan mereka berlangsung di rumah pengantin perempuan di Makassar pada 6 April yang lalu dan kisah mereka mulai viral apabila pengacara majlis berkenaan Mismaya Alkhaerat berkongsi di laman Facebooknya.

Menurut Mismaya,Tenri telah dilamar dengan dua unit bitcoin sebagai hadiah. Selain itu, dia turut diberikan tiga bar emas dan perhiasan emas serta persalinan solat.

“Ya, Puan Tenri telah dilamar dengan dua bitcoin sebagai wang hantaran, selain itu mahar tiga keping emas (gold bar), sepasang barang kemas dan satu set kelengkapan solat” katanya. 

Apa yang lebih menarik lagi, pasangan ini berkenalan pada tahun 2019 di Jakarta dan mereka berdua bertemu juga diatas urusan perniagaan mata wang digital berkenaan.

Menurut Tenri, sebelumnya dia pernah gagal menjadi calon untuk legislatif wilayah Sulawesi Selatan bagi penggal 2019-2024. Selepas mengetahui yang gagal mendapatkan jumlah sokongan yang cukup, dia bertindak untuk ke Jakarta.

Setibanya di Jakarta, Tenri telah diajak oleh rakannya untuk menceburi bidang perniagaan wang kripto dan disitulah dia bertemu suaminya dan dilamar selepas setahun berkenalan.

Sumber: HMetro & Kompas.com

Seorang penulis yang kuat berangan dan habiskan sisa masa dengan binge-watching Netflix

Continue Reading
Advertisement

Trending