Connect with us

Infozon

Penuh Asap Letupan Di Belakang, Anak Syria Comel Tersenyum ‘Selfie’ Dengan Bapa

Sudah menjadi kebiasaan bagi wilayah atau negara yang bergolak berdepan pelbagai ancaman dan serangan dimana sampai satu tahap, mereka terus bangkit dan tersenyum seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.

Situasi seperti itu boleh dikaitkan dengan sekeping gambar dikongsi oleh pengguna Twitter ini, @SamEdwardd memaparkan dua orang lelaki bersama seorang bayi, masing-masing sedang tersenyum dipercayai penduduk Syria.

Menurut @SamEdwardd, si bapa mengambil keputusan untuk merakam gambar swafoto itu dengan berlatarbelakangkan kepulan asap tebal didakwa akibat serangan udara di salah satu wilayah berkenaan.

“Bapa merakam detik serangan udara pertama yang berlaku dalam hidup anaknya,” tulis @SamEdwardd.

Posting berkenaan menerima 1,565 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 421 kali serta pelbagai reaksi warganet yang meluahkan perasaan sebak selepas melihat foto bernilai tersebut.

Rata-rata tersentuh hati dengan senyuman dan kecomelan bayi lelaki itu yang masih belum mengerti apa-apa, selain mendoakan agar penduduk Syria dilindungi Allah SWT.

Sedih tengok, dah jadi sebahagian hidup mereka

Moga Allah lindungi mereka

Comelnya senyuman si kecil tu!

Malah selain di laman Twitter, foto tersebut turut menjadi bualan komuniti di web Reddit yang menimbulkan rasa sedih terhadap situasi serangan yang seakan-akan tiada kesudahan itu.

Jaga diri di sana!

Memetik laporan BH Online semalam, berlaku serangan rejim Syria di kubu pemberontak utama di wilayah Idlib walaupun Russia-Turki bersetuju melakukan gencatan senjata sejak awal bulan ini bagi menghalang krisis kemanusiaan di wilayah tersebut berlanjutan.

Sumber: Twitter @SamEdwardd , BH Online

Continue Reading
Advertisement

Trending