Connect with us

Inspirasi

Pensyarah 70 Tahun Masih Berlari & melompat Demi Nak Ceriakan Kelas Fizik

Pembelajaran didalam bilik kuliah sememangnya bukanlah sesuatu yang begitu menyeronokkan oleh setiap pelajar. Jadi, sebagai pendidik, pasti golongan tersebut mempunyai ramuan tersendiri dalam memastikan proses menuntut ilmu berjalan dengan menarik.

Buat macam2 eksperimen

Menerusi satu video yang diperoleh dari laman sosial Twitter, seorang pengguna dikenali sebagai Erica telah memuat naik video pensyarah fiziknya yang berusia 70 tahun namun masih gigih melakukan eksperimen bagi menunjukkan hasil pembelajaran secara teknikal.

Tenaga macam orang muda

Dalam video tersebut jelas menunjukkan lelaki itu berlari, melompat dan bermain dengan bahan bakar semata-mata untuk menunjukkan keberkesanan teori fizik yang mereka sedang belajar.

Kegigihan pensyarah tersebut benar-benar mengundang sebak kerana diusia emasnya itu dia masih melakukan semua perkara itu demi memberikan keseronokkan belajar kepada para pelajarnya didalam kelas.

Perkongsian tersebut sememangnya mengundang rasa terharu sesiapa yang menonton kerana semangat ingin menyampaikan ilmu kepada pelajar benar-benar ikhlas.

Perkara tersebut dapat dilihat menerusi setiap tindakannya yang dilakukan dengan begitu bersungguh-sungguh.

Sumber : Erica 

Continue Reading
Advertisement

Trending