Inspirasi
Penjual Bubur Lamar Kekasih Hati, Bagi Hadiah RM58,418

Kalau dah sayang, apa sahaja sanggup ditunaikan demi menghargai pasangan hidup seterusnya akan melalui fasa bahagia masing-masing.
Itu dilakukan seorang pemuda, Muhammad Kusmantono apabila melamar kekasihnya dengan menghadiahkan dua lembu, tiga kambing, satu tan beras, 100 kilogram beras pulut, sebuah motosikal dan 20 gram emas.
Hadiah dianggarkan berjumlah RM58,418 (200 juta rupiah) itu kemudian diarak dari kediaman penjual bubur tersebut ke rumah pengantin perempuan, Niswatun Hasanah di Desa Lambanggelun pada Jumaat lalu.
Menerusi laporan Tribunjateng.com, semua hadiah yang diberikan adalah sebagai tanda cinta terhadap isterinya selepas hampir setahun mengenali wanita berusia 19 tahun itu.
Walaupun pemuda berusia 23 tahun itu hanya bekerja sebagai penjual bubur di Bogor, tetapi dia bersyukur apabila mampu melamar dan menikahi wanita pujaan hatinya.
Sumber : Tribun Jateng

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit